Thursday, March 22, 2012

Syukur....Alhamdulillah...

Alhamdulillah...saya dah selamat bersalin pada pukul 11.04 pagi 20hb Mac, 2012.
Akhirnya seorang puteri sebagai penyeri keluarga kami!!!
Berat 3.8kg...Lahir normal...Tp lepas bersalin saya masih belom boleh BF sbb baby saya ada prob sket...masih di SCN...inyaallah semua ok.




Terima kasih atas doa semua! Nanti dah ok sket, saya post gambar baby!



Friday, July 22, 2011

Kasut oooooo kasut

Pejam celik pejam celik bulan Julai 2011 dah nak melabuhkan tirainya. Dan anak bujang saya dengan bangganya dah mencipta rekod sendiri. Dua pasang kasut sekolah dia kena rembat sepanjang tahun ni. Ya, DUA kali! Maknanya....DUA pasang!

Kes pertama berlaku dalam bulan April lepas. Seminggu sekali kelas Agama buat kat surau sekolah. Jadi kena buka kasut laa kan. Yang si bujang ni pulak memang peel dia tak suka nak berebut2. Dia memang releks jer. Kalu balik sekolah tu, dia laa yg keluar paling lambat, dengan gaya jalan mcm itik pulang petang.

Jadi bila dah abis kelas, keluar surau, tengok kasut sekolah dah tak ada. Yang tinggal kecik jer saiznya. Ngan kaki bujang saya tu, memang konpem tak muat. Tapi nak buat mcm mana, dh pukul 6.30 ptg, nak balik dah ni. Nak tak nak kena la pakai gak kasut tu. Dah terjengket2 laa si mamat ni menggayakan kasut yang dia tak muat tu. Ok. Hilang dah sepasang.

Minggu ni, masuk jer kereta petang Selasa lepas, dia terus buat aduan rakyat. Kasut sekolah hilang lagi. Yang dia pakai tu satu2nya kasut yang tinggal masa dia keluar. Aikkkk...hilang lagi kasut mamat ni?

Kasut anak bujang saya ni saiz no. 2, B-First. Yang kasut "X" ni pulak saiz no. 1, xder jenama pon. Jadi, secara logik akal, masa si "X" ni pakai kasut anak bujang saya, dah tentu laa longgar kan. Takkan laa tak terpikir kat kepala, ehhhhh...kenapa leh longgar kasut aku ni? Mesti tengok, laaa...lain kasut rupa2nya. Tu satu hal lah kan. Dah nama pun budak.

Yang saya suami isteri heran tu, yang jadi mak bapak ni kan...takkan laa tak tengok...tak perasaan yang kasut sekolah si anak ni dah lain. Secara logiknya (ntah dah berapa kali saya cakap perkataan L.O.G.I.K), kalau saya laa kan...mesti dah ehhhh...kenapa lain jer kasut anak aku ni? Kasut anak aku kan xder jenama, kenapa ni jenama B-First? Anak aku punya kasut saiz 1...yang ni kenapa saiz 2? Mesti macam2 dah terlintas kat kepala kan...

Saya ni pulak memang jenis yang teliti. Memang saya cam barang2 hak milik anak2 saya. Dan saya pon memang didik anak2 saya untuk kenal + jaga harta benda sendiri. Yang paling penting, jangan sesekali ambil barang yang bukan hak milik kita. Kalau terambil, pulangkan semula. Dah kita punya barang...dah tentulah kita kenal kan. Sepatutnya macam tu lah.

Cuma kata enchek suami, kita bersangka baik je laa...mungkin adik beradik si "X" ni ramai, yang si mak bapak ni sampai tak kenal kasut anak sendiri. Iyolah tuu...

Nak buat macam mana, dah nasib anak saya hilang kasut lagi tahun ni. Dah nasib saya kena belikan dia kasut sekolah lagi. Mana larat mata ni tengok dia pakai sepasang jer kasut sepanjang minggu...baru sekolah dua hari...kasut dah macam belacan. Nasib dia hilang kasut...nasib saya dan enchek suami kena belikan dia kasut lagi...

Nak buat camner.....nasebbbbb badaaannnn....




Thursday, July 14, 2011

Kasih Yang Suci vs Nora Elena

Jenuh saya mencari.
Mula-mula tu cari guna uncle google.
Jumpa, tapi kena tunggu.
Tapi oleh sebab saya ni memang 'sabar' orangnya, saya cari secara manual.
Masuk kedai, keluar kedai.
Semua saya belek. Semua saya pegang.
Tak der.
Masih tak jumpa.
Betullah agaknya kena tunggu smpai pertengahan bulan Julai.



Tapi...itulah kan, kan memang orang selalu cakap,
usaha tangga kejayaan.
kalau dah memang rezeki saya.
Alhamdulillah.



Akhirnya saya jumpa buku Kasih Yang Suci hasil karya Meen Zulaikha.
Padahal tu masa citer Nora Elena ditayangkan @ TV3,
saya tak ketinggalan mengikuti cerita tu saban hari.
Macam biasa, sila salahkan mak dan adik saya.


Seronok layan perasaan baca novel ni.
Cuma.................
Rasanya Seth Tan dalam novel lebih romantik.
Tgk Seth Tan kat drama pon best.
Cuci mata beb...



Friday, July 1, 2011

Bak in Loving Memory...3

Kalaulah Bak sekarang sedang melihat kami,
dengan keadaan kami begini..........
apa agaknya yang akan Bak katakan kepada kami?









Kami rindu sangat pada Bak..........









Al-Fatihah untuk allahyarham Sanin bin Samad
Moga rohmu dicucuri rahmatNya.