Saturday, November 1, 2008

Eddie bertunang @ Sg Duyong, Melaka

Alhamdullih...akhirnya hari yg dinanti tiba akhirnya. Hari nie, rombongan meminang dari abg Eddie tiba di Melaka Bandaraya Bersejarah nie untuk menyunting Haiza (maap yer...lupa lak nama penuh). Rombongan kami bertolak dr BP dlm kul 11.00 pagi. Lebih kurang 8 bijik kereta gak laa sumernya.

Sampai kt Duyong nie awal gak. Oleh kerana kami janji nak sampai kul 2, jadi rombongan kami nie g sembahyang Zohor dulu. Lps dh siap solat sumer, gerak laa kami ke umah si Haiza. Dari jauh dh nmpak kanopi kt depan umah cik Haiza. Ramainya tetamu, baik kawin jer trus nie, Eddie. Bertunang ngan org Melaka, mcm biasa laa, kena ler berpantun. Nasib baik gak, wakil rombongan pihak lelaki, Cik Din kenal ngan wakil pihak pompuan. Mereka nie sama2 blajar kt USM dulu, so pantun2 biasa jer laa. Sekadar utk memeriahkan majlis.





Time menyarungkan cincin, sudah semestinya aku tidak ketinggalan utk turut sama menyibuk2kan diri sama2 masuk bilik bakal pengantin nie. Bukan main berseri2 lg wajah cik Haiza nie kita nie bila secara rasminya cincin tunang disarungkan kejari manis beliau oleh Mak Mah selaku wakil dr pihak Eddie. Kini sahlah dia telah menjadi tunangan Abg Eddie. Tdi si Eisya d'teddy bear (bakal adik ipar ler nie...) dh serahkan 1 bouquet bunga ros. Adusss...seronoknya.


No comments: