Rileks laaa...jgn ribut2...tajuk kt atas tu x der kena mengena ngan en. Azlan kawin lagi. Hishhh...selisih jer....mintak simpang malaikat 44, jgn laa terjadi pada aku. Ptg tdi, balik keje odw nk g amek bebudak kt umah my PIL, hubby citer yg kawan dier kawin lagi.
Mmg la sblom nie hubby ader gak citer yg rumahtangga mamat nie ngan bekas wife dier tgh berantakan, gara2 kehadiran org ke-3. Rupa2nya lps tu dorang bercerai, dan kini mamat tu dh kawen pon ngan pompuan ke-3 tu. Aku terdiam dengor citer hubby, sedeyyy lak tetiba. Terbayang wajah bekas isteri ngan anak2 mamat tu. Sayu lak tetiba.
Aku kenal ngan mamat nie semenjak berchentaa ngan hubby lagi. Start dr dorang nie naik kete buatan Mesia...smpai lah dorang naik MPV buatan Jepun; dr dok umah single storey...smpai dok umah double storey; dr anak 1...smpai anak 3, aku tau kesahnya. Begini akhirnya sebuah perkahwinan ekkk.
Laa nie org ke-3 bukannya setakat mengintai lelaki bergelar suami pada peringkat usia 40-an shj, sbb kini kebanyakannya mulai mengintai suami yg berusia 30-an. Ada kawan ktorg nie sebaya jer usia ngan ktorg, bini dier mmg cun melecun, anak dah sepasang, pon rumahtangganya pernah goyah sbb org ke-3 nie. Si suami mmg berhasrat nak berpoligami namun berkat doa & kesabaran si isteri, si suami akhirnya membatalkan hasaratnya itu. Haa..tgk tu umur baru awal 30-an pon sampai bercita2 nak berpoligami dek org ke-3 nie.
Time aku menaip nie pon aku terpikir, rasanya slps bernikah dulu, mmg tiada siapa pon yg membayangkan ikatan perkahwinan yg dibina atas dasar cinta ini akan berakhir dengan perceraian suatu hari nanti. Semua pasangan pastinya mahu hidup bahagia bukan setakat ke anak cucu, mudah2an sehingga ke akhir hayat. Kalau boleh tu hanya maut yg memisahkan. Betul kan?
Mmg betul bak kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sedangkan lidah lagikan tergigit apa pula suami isteri. Itu mmg lumrah. Tp bgmana kalu membabitkan kehadiran org ke-3? Pada siapa jari kita nie akan menuding siapa yg bersalah? Pada suami yg mudah terpengaruh? Pada isteri yg sudah hilang pengaruhnya ? Atau pada pompuan ke-3 yg lebih pandai mempengaruh?
Cuma yg pastinya, kenapa bila berlaku perceraian perlu kita menyalahkan takdir; menyatakan dia bukan suami/isteri terbaik? Bolehkan kita menyalahkan takdir jika berlaku perceraian sedangkan diawal pertemuan & percintaan dulu kita berjaya mengaturnya dgn baik?
Mungkin poligami tu bagus jika betul prosedur dan caranya. Ianya mungkin bukan sesuatu yg menjelekkan. Tapi wahai lelaki2 sekalian, anda bukan setakat kena tepuk dada tanya selera, kena gak tepuk dahi, kena gak tepuk pipi, kena gak tepuk poket tepuk gak perut, tepuk gak kaki, senang kata tepuk laa sumernya. Baru betullllll.......
No comments:
Post a Comment