Monday, December 28, 2009

Episod sedih sepanjang Disember

Hampir 2 bulan juga rasanya blog nie senyap. Tidak dikemaskini. Bersawang. Kira sesuai laa dengan namanya lama sawang. Keinginan untuk mengemaskini ada, tetapi dek kerana kekangan waktu, keinginan tinggal keinginan. ~~~ceh...ceh...ceh...ayat skema siot~~~

Sepanjang bulan Disember 2009, dipenuhi dengan cerita penuh emosi. Sepupu saya secara tiba-tiba mengalai serangan jantung. Baru berusia 35 tahun, ister: 1, anak: 3. Hasrat mereka sekeluarga yang ingin menghabiskan cuti hujung minggu bersama kawan-kawan yang berkonvoi dari Gelang Patah bertukar menjadi mimpi ngeri.

Berada di Hospital Kulaijaya dan HSA hampir 4 malam bagi mendapatkan rawatan di CCU. Alhamdulillah, beliau dibenarkan pulang. Kami sekeluarga turut berkesempatan menziarahi beliau.

Saya menangis dalam perjalanan pulang ke Bt Pahat. Isterinya yang juga surirumah sepenuh masa tidak pandai memandu kenderaan walaupun motorsikal. Memang segala urusan dilakukan sepenuhnya oleh sepupu saya. Anak-anak pula masih kecil. Sepupu saya pula nak angkat gayung pun doktor tidak benarkan, apatah lagi untuk memandu kereta.

Pak Amat pula [kini arwah] yang juga sepupu emak, dimasukkan ke HBP. Dua bulan lepas hasil pemeriksaan doktor telah disahkan mempunyai ketumbuhan di otak. Dengan tiada selera makan, badan semakin lemah. Adik Pak Amat pula, Pak Hamid yang pulang dari menunaikan fardu haji di Mekah terus dibawa ke Hospital Kulaijaya kerana masalah jantung. Emak dah menangis-nangis dirumah. Ya Allah, besar sungguh dugaan Mu ini.

Penghujung cuti sekolah pula, sepupu en. Azlan yang baru berusia 16 tahun lemas di Taman Bukit Perdana. Mandi kolam yang di atas bukit tu bersama rakan-rakan, tanpa pengetahuan Cik Shamsul & Cik Fiza. Kolam maut tu rupa-rupanya telah 'mengambil' 4 nyawa.


Allah menguji semua hamba-Nya...dalam susah dan senang...supaya kita sentiasa ingat bahawa kita ini hanyalah hamba-Nya.


No comments: