Saturday, December 12, 2009

Sambil menyelam, minum air....

Sebelum pergi menjenguk Halimi di rumah mak long, en. Azlan yang baik hati telah membawa kami pergi ke Jusco Tebrau. Tiada shopping mopping...cukup sekadar window shopping, pesan en. Azlan. Lokek betul dia kali ni.

Walaupun hati kecil saya meronta-ronta untuk membeli-belah....tangan saya dah gatal nak keluarkan duit....namun sebagai isteri yang patuh cakap suami ~~~sila jangan muntah~~~, saya benar-benar tidak membeli belah pada hari tersebut. Sebab saya pun lokek juga....cukuplah sekadar dapat lepak-lepak di Starbucks sambil meneguk vanilla iced blended yang putih bersih sejuk tu....emmmmmmmm....


No comments: