Saturday, September 25, 2010

Marhaban ke meraban?

Kumpulan marhaban ni sebenarnya adalah anjuran HBO-Team, khusus untuk kaki-kaki ngeteh kat HBO pada setiap hari Jumaat. Jadi bila dah para suami leh ngam, kami para isteri pun tidak ketinggalan juga. Jadi xtvt ini dah jadi xtvt tahunan, kalau tak silap, tahun ni masuk tahun ketiga.

Xtvt marhaban ni di bahagikan kepada zon masing2. Setiap zon adalah dalam 5-6 buah rumah. Rumah terakhir akan menjadi tempat untuk makan besarrrrr. Rumah2 yang lain kalu ikutkan tak perlu laa keluarkan makanan, cukup sekadar air dan kuih raya, tapi almaklum sajalah, takkan nak biarkan tetamu datang berduyun2 ni melangkah balik dengan perut kosong? Mesti ada makanan juga, tapi sekadar yang ringan2 sahaja.

Buat kali ke-2 juga, rumah kami menjadi rumah terakhir dalam zon selatan. Saya serahkan tugas memasak ni pada mereka yang lebih pakar laa yer, mak saya. Saya tak larat. Demam. Dah 2 hari tumbang. Saya sekadar membantu apa yang saya mampu. Yang buat saya ralat bila tiada 1 gambar pon diambil masa mereka meraban marhaban di rumah kami. Sia-sia saja saya berimej muslimah malam tu. Huh... :(


~~~Kalau tak silap ni rumah en. Roslan. Zon tanah tinggi.~~~


~~~Antara para isteri dan anak-anak yang turut serta~~~


~~~Sekali pandang cam tengah buat mesyuarat membincangkan MU~~~


~~~Membincangkan isu hangat laa tu. Siap dengan mimik muka lagi~~~


~~~Masing-masing kontrol hensem.~~~


~~~Disuruh buat gaya bebas pon tak pandai.
Asyik laa nak kontrol hensem~~~


~~~Yang ni amacam? Kira boleh laaaaa~~~










Ada lagi?










Ada. Dah tentu lah ada kannnnn....





















~~~Bagi laluan jap.
Tuan rumah nak tumpang lalu.~~~