Thursday, November 25, 2010

Si ML

Apa perasaan anda kalau ada orang siap ugut2 nak ungkit kisah2 silam anda dengan dia pada pasangan anda sbb anda tak nak bagi dia pinjam duit? Mesti menyampahkan. Padahal bukannya ada sesuatu yang luarbiasa pun pada ketika itu.

Setakat keluar bersama, makan bersama, pegang tangan, tiada masalah rasanya.
Pegang tangan jer tu, lain-lain tak pegang pun.
Bukannya buat perkara yang tidak senonoh, sampai termengandung ke hapa kan.

Tapi dengan bangganya dia cakap, yang dia dah dapat dulu.
Kira pasangan kita ni dapat 'bekas' dia.

Apa punya konservatif pemikiran pun tak tahulah nak cakap.

Dah orang tak nak bagi pinjam, yang ko nak buat cerita yang bukan2 tu apa hal.
Semuanya yang tak sedap di dengar.
Tak sayang mulut betul.

Salah makan ke hapa pagi tadi?
Meroyan kot?

Kan tak pasal2 dapat gelaran si M.L a.k.a si Mulut Longkang.



Bli gitar lagi bole?

Dalam kete masa balik keje petang semalam, enchek suami punyalah semangat bercerita yang kawan dia beli gitar bass. Alaaa...kalu kita ni pompuan masa rehat pegi beli shopping baju. Dorang masa rehat g beli gitar.

Saya malas nak menyampuk. Dengarkan jer dia bercerita.

Sebagaimana yang saya jangka, dia keluarkan soalan cepuemas.

"Abang beli gitar lagi boleh?"

"Boleh". Dengan pantas saya menjawab.

Ya laa, seb baik dia tanya boleh beli gitar ke idak. Jawabnya dah tentulah boleh. Cuba kalau tanya, abang nak kawen lagi boleh? Apa ko nak jawabbbbb?

Sengaja cari pasal laaa tu....



Tuesday, November 9, 2010

Mimpi ngeri lagi

Saya tak boleh tengok drama Melayu. Tak boleh. Bukan tak nak...tapi tak boleh. Terutamanya kalau drama yang mengisahkan keberantakan rumahtangga...contohnya suami ada kekasih gelapnya, suami kahwin lagi.

Kalau tengok drama cam tu, mesti malamnya jadi mimpi ngeri. Igauan ngeri beb. Memang mesti punyalah. Tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin saya membayangkan kalau saya berada di tempat si isteri yang suaminya nak kahwin lagi tu. Bagaimana perasaan...keadaan...rancangan masa depan...entahlah...boleh ke situ pulak pikiran saya ni.

Yang hairannya tu kalau tengok drama yang sarat dengan mesej, memberi pengajaran, kesedaran, keinsafan, tak pulak termimpi-mimpi. Tak pulak jadi igauan ngeri. Tak pulak jadi terbangun tengah-tengah malam. Huhhhh...tak paham betul saya.

Macam sekarang ni dok layan cerita Chinta. Dah habis dah pun hari Khamis lepas kan. Sila salahkan mak saya. Dia yang mempengaruhi saya tengok cerita ni. Sama macam cerita-cerita sebelum ni, Adamaya, Nur Kasih, Nenek Kebaya (sekadar menyebut beberapa contoh), mak saya laa jugak punya angkara. Dah saya terjebak sama melayan cerita tu dengan dia.

Episod yang akhir-akhir ni kan banyak cerita pasal konflik antara Rasul Iman, Sadatul dengan Chinta. Sampai laa bahagian Sadatul beri kebenaran untuk Rasul Iman kahwin lagi tu. Sungguhpun Sadatul benarkan suaminya tu kahwin lagi, tapi dia tetap merasa sedih. Nanges dia sorang-sorang.

Episod akhir tu airmata saya bergenang jer. Lebih-lebih lagi masa Adiputra a.k.a Rasul Iman nanges sambil cium dahi Chinta yang dah meninggal tu, luluh hati saya dibuatnya. Sebelum tu sempat lagi sarungkan cincin sungguhpun Chinta dah terlentok (dah nak meninggal dah masa tu).

Kalau saya...memang cakap terus terang lah...saya tak mampu jadi macam Sadatul. Bagi saya lah. Bagi orang lain tak tahulah pula. Mereka tu layak dapat payung emas. Saya ni gamaknya hanya mampu pakai payung free yang dapat masa memperbaharui cukai jalan dan insurans tu.

Petang tengok cerita tu, malamnya terus mimpi. Ngeri siot. Enchek suami nak kawen. ~ Seb baik mimpi, mimpikan mainan tido. Seb baik nak kawen. Seb baik belum sempat kawen lagi, saya dah terjaga ~.

Hahahaha...masa citer kat enchek suami pagi tu brani betul dia cakap, kenapa terjaga? Potong betulllll.

Potong apa???? Saya potong betul-betul baru tau....ada brani?????

Sunday, November 7, 2010

Selamat tinggal Air Papan

Sampai ke sudah, saya tak mandi laut. Cukuplah sekadar menyingsing seluar, melayan kerenah si abang dan si adik yang dah macam itik tatkala nampak air. Mengeletis nak mandi laut. Ishhhh..risau banget saya dibuatnya.




Sila abaikan tong sampah di belakang.

Tengahari tu lepas siap check-out, kami pergi jalan-jalan ke Telok Gorek dan Pantai Penyabung. Saja pusing2 cari tempat untuk program selepas ni. Amacam?


Teluk Gorek




Pantai Penyabung.





Tapi saya dah ada rancangan sendiri. Rancangan sempena anniversary kami yang tertangguh tempohari. Nak kemana? Shhhhhh.....




Kat mana?




Masa untuk romantika d'amour.
bak kata Aqeef....muntahhhhh darahhhhh laa mama.....

Friday, November 5, 2010

Air Papan, Mersing....Bhgn 4

Kat sini bagusnya tu sbb ada pihak Jab. Pertahanan Awam menjaga keselamatan pengunjung. Dok laa pesan kat kami yang pagi tu bawak budak 2 orang tu yang dah siap dengan baju mandinya ke tepi pantai. "Tak boleh mandi yer bang, (huh...laki aku ko nampak, aku kat belakang ni ko buat2 tak nampak jer), setakat mandi kat tepi2 tu bolehlah tapi kena jaga budak2. Ombak kuat lain macam jer ni".


Disebabkan lupa nak bawak mainan korek-korek, tak boleh nak buat istana pasir. Aqmyl telah membuat lukisannya sendiri di tepi pantai. Tak percaya?

Aqmyl sedang menyiapkan hasil kerjanya.


Aqeef sekadar pemerhati.


Gigi dier yang mahal tu.


Siap dah ni.


Siap ada bunga.


Ada peminat dah tu.


Tangannya tu siap berapi....


Masterpiece Aqmyl

Air papan, Mersing....Bhgn 3

Seronok memang lah seronok bila sesekali dapat bercuti beramai-ramai. Ehhh...EE & suami takder, dorang ada komitmen lain. Tak per En Arief, bulan depan ada lagi....


Tapi.......agak ralat bila:






Ya, bendera merah berkibar dengan megahnya.
Ombak kuat.


Sila baca betul-betul.
Patuhi arahan yang diberikan.


Tahniah pada pasangan yang diraikan, En Sanin & Puan Norah.
Selamat ulangtahun perkahwinan ke-35.
Alololololo.....


Suka gambo ni.
Comel jer...


EE, jangan makan hati k.
Sapa soh ko tak ikut?


Mak Cu ngan Aqeef.
Suka gambar ni.
Cantik.

Air Papan, Mersing....Bhgn 2

Sesampainya kami tengahari tu, memang tengah hujan renyai2. Memang dari Bp lagi hujan on-off. Budak 2A tu dah muka boring jer. Mana idaknya, semangat berkobar2 nak mandi pantai. Bila dah smpai tengok pulak ombak kuat. Bergulung2 tangan Aqeef menggayakan.

Pantai Air Papan, Mersing.


Tengoklah ombaknya tu...


Ombak kuat.


dan lagi.....


Aqmyl dan Aqeef yang terpegun tengok ombak masa petang tu.


Bukan budak-budak jer terpegun, bapak budak pun sama...


Suka tengok gambar ni.
Dua beradik.
Ntah apa laa yang budak berdua ni pikir agaknya.


Lari...lari...lari...


Terkaku jap tengok "itik gembo gembo" kat sebelah.
Gambar?
Tak leh disiarkan disini.
Kang tak pasal-pasal kena saman.


Suka gambar ni juga
:)

Air Papan, Mersing....Bhgn 1

Tahun 2010 ni macam kurang cuti-cuti Malaysia rasanya. Selalunya, paling tidak pun masa anniversary mesti pergi bercuti...tapi disebabkan dah dekat bulan puasa, tak sempat nak kemana-mana pun.

Hahahahaha....jadi hujung lepas pergi 1 malam @ Air Papan, Mersing. Memang saja pakat2 ngan adik2 nak pergi sana bersempena ulangtahun perkahwinan Mak & Bak yang ke-35.

Jadi, bila dah akhir tahun baru nak tergediks-gediks nak pergi bercuti kat tepi laut, memang tak payahlah nak verangan nak mandi manda okey. Lupakan jer! Duduk jer laa kat tepi tu, tak pun layan buat istana pasir. Pengalaman ni beb....pengalaman....


Kitaorang stay @ Mersing Beach Resort.
Family Room.
Bilik okey.
Selesa habis.
Terima kasih pada model.


Siap ada katil single.
Sofa bed pon ada.
Nak cari 1 sofa bed laa, nak letak kat umah. Macam besh jer


Pihak pengurusan dah sediakan tempat utk bbq.
Tapi kita orang tak ber-bbq pon.
Nak tahu kenapa?


Penuh air daaaaa....
Menurut kata sepupu saya, abg Samsol yang memang duduk sini,
dah seminggu Mersing hujan setiap hari.
Oh ya, kitaorang sempat singgah kat rumah abg Samsol & Kak Zana malam tu.
Dijamu dengan keropok lekor fresh dari kilang.
Bestttttttttt........

Thursday, November 4, 2010

Janji bakal ditunaikan

Keputusan periksa hari tu kebanyakannya dah keluar dah.


Keputusan Aqmyl??????


Diluar jangkaan. Ya. Memang diluar jangkaan.


Gulppppp.....


Pengajaran yang saya dapat:-
  1. Kalu berkehendakkan sesuatu, mesti usaha sehabis baik untuk mendapatkannya.
  2. Janji mesti ditunaikan. Kata mesti dikotakan.

Gulllppppp lagi....


Itu saja yang mampu saya katakan. Buat masa ini. Setakat ini.


Apa yang penting....kerjasama. Opsss...bukan yang itu.


Janji mesti ditunaikan. Noktah.