Wednesday, February 16, 2011

ohhh Anuar Zain...

SEDETIK LEBIH

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu

____________________________________________________

Saya asyik layan lagu ni buat masa dan ketika ini.
Lupa sudah dengan Hanyut & Kalau Cinta.
Enchek suami pun dah paham.
Saya kalau tengah kemaruk dengan satu2 lagu tu,
lagu itulah yang akan diulang2.
Kalau kaset, leh putus.
Anuar Zain punya penangan.




Saturday, February 12, 2011

Baik tukar jer signboard tu

Sebab siang tadi ada jemputan kahwin jiran dekat rumah mak, kompem dapur rumah tak berasap la nampak gayanya. Awal-awal lagi dah beri petunjuk pada enchek suami, ajak makan kat luar jer malam ni. Harap-harap dia paham ;)

Tekak ni terasa-rasa nak makan sate. Dah terbayang nak ajak enchek suami makan kat kedai @ sebuah kawasan perumahan yang baru di buka tu. Nampak macam happening jer. Lokasinya memang strategik - tepi jalan utama BP-AH. Tiap kali lalu memang nampak kedai ni penuh dengan pelanggan.

Sampai kat kedai tu lebih kurang pukul 9 malam. Dapat tempat, budak pelayan tu pun datang nak amek order kitaorang. Sate ada? Sate habis laa bang. Leh??? Pelik kan??? Dah nama kedai jual sate, takkan lah sate leh habis. Tak pernah pulak masa pegi makan kat Sate Hj Samuri @ Kajang tu, yang memang penuh memanjang, dorang cakap sate abes. Pelik ni.

Ok la, alang-alang dah sampai situ, kita orang order laa benda lain. Enchek suami order nasi goreng cina, saya order nasi goreng pattaya. Menakung lagi tunggu order siap. Tapi apa boleh buat, dah nasib kami jadi lebai malang malam tu. Makanannya tak sedap. Budak berdua tu makan 2-3 suap jer. Memang leh rentikan jer khidmat tukang masak tu. Hampeh!

Mungkin memang sedap sate kat kedai tu, sebab sambil kami makan kat situ, ada 5-6 orang datang nak beli sate. Tapi itulah dia, dah kata jual sate, patutnya memang ada stok sate bagi memenuhi permintaan pelanggan. Sepatutnyalah kan...

Kalau macam tu pak cik, baik turunkan jer signboard tu, tukar pada Restoran ______.


Tuesday, February 8, 2011

Cuti

Cuti 7 hari rasa sekejap jer. Sebelum mula cuti, punyalah berkobarkobar semangat rancang nak buat itu, nak buat ini. Bahan-bahan kononnya nak buat biskut choc chip, trifle, cheese tart semua dah siap...huhhhh...dia punya senarai jer dah panjang berjela....tapiiiiiiiiiiii...hampehhhhhhh. Sibuk dok pergi jemputan kahwin, melayang kerenah budak-budak, kerenah bapak budak lagi...opppssss....1 hapa pun tak jadi.

Cuma sempat pergi ke Jusco Tebrau pada hari Jumaat lepas. Cuci-cuci mata jer. Dia punya cuci-cuci mata tu, sempat lagi capai 5-6 helai baju. Sampai raya nanti tak yah beli baju lagi. Hihihihihihihi.....


Monday, February 7, 2011

Malang tidak berbau

Khamis lepas, enchek SJS, kawan 1 opis enchek suami kemalangan @ Sri Gading. Alhamdulillah, beliau sekeluarga tidak mengalami kecederaan.

Masa enchek SJS telefon enchek suami, kami baru balik dari rumah PIL. Kebetulannya abang sebelah rumah ni pun baru sampai gak. Beliau ada ternampak kemalangan tersebut. Blablablabla...kereta tengah kereta Proton...blablablabla...siap terjongket...blablablabla...macam baru sebab nampak drivernya masih kat dalam kereta lagi...blablablabla...macam Melayu...blablablabla... [kereta enchek SJS adalah yang di terakhir, kereta proton tu naik atas kereta dia, hanya 1 inci memisahkan dengan cermin kereta beliau]

Sabar yer enchek SJS dan puan Umi. Ni semua dugaanNya. Yang pentingnya anda sekeluarga selamat. Apa lagi serk...tukar geran laa lepas ni. Amacam? Brani?