Saturday, April 2, 2011

Kalendar

Ni lagi comel. Dia sibuk tanya, ada kalendar tak....ada kalendar tak? Nasib baik saya masih ada extra 1 kalendar lagi. Saya pun hulur kat dia. Senyum sampai ke telinga.

Tak sampai 10 minit, dia hulurkan balik kalendar tu kat saya. Saya ingat kenapa, tak nak ke? Rupa2nya.....

Dia dah tetapkan:-
ada hari kena menyapu sampah, ada hari untuk happy2, ada hari untuk melukis....
eeeeeeeee, comeyyyyy....
~~~kalau tak mama sendiri kata comey, siapa lagi kan...~~~


Lepas tu saya suruh dia tandakan tarikh hari lahir semua ahli keluarga. Atuk, nenek, mak ngah, mak uda, mak cu, ayah, mama, adik....ehhh...pak uda? Motip: senang nak ingat, senang nak sambut. Dia sibuk tanya, macam mana saya leh ingat semua tarikh2 tu. Weiii...ni mama laa.

Saya pikir dia akan tulis ke hapa kan. Sekali tengok:-

tadaaaaa......dia siap lukis gambar kek. Siap dengan lilinnya sekali.
Terharu saya dibuatnya.
Yang ni bulan Februari. Ada hari lahir Mak Cu.


Yang ni bulan April: 10hb - Aqeef, 25hb - Mak Ngah.


Yang ni bulan Jun: 3hb - Atuk Sanin.


Ni bulan Julai: 5hb - Nenek Norah, 31hb - Enchek suami/ayah.


Bulan Ogos: 4hb - Saya laa tu, 30hb - Mak Uda.


Bulan September: 8hb - dah tentu laaa dia, Aqmyl Farhin.

Saya dan enchek suami rancang nak masukkan dia kelas lukisan. Nmpak sangat dia ada bakat dalam bidang lukisan kan. Mehhh kita asah bakat dia lagi. Kita kasiii gilappppp lagi. Biar berkilat, biar bersinar. Amacam???



Friday, April 1, 2011

Main mesej-mesej

Ni kisah anak bujang saya lagi. Masa tu nak suruh makan malam. Dia tak nak. Dia nak main pc game dulu. Disebabkan masa tu hari persekolahan, enchek suami kata tak boleh. Enchek suami pujuk lagi. Dia masuk bilik. Tak lama lepas tu ada kertas keluar dari bawah pintu bilik tu.

Yang atas tu, Aqmyl yang tulis.
Yang bawah, enchek suami balas balik.
Adik memainkan peranan sebagai posmen. Dia masukkan balik kat bawah pintu.


Dia balas semula.
Comelkan???
Masa ni, kitaorang tengah makan. Kitarang gelakkan jer.


Enchek suami balas. Games: NO.



Belajar: YES.


Sekali dia boleh balas balik, macam tulisan cina daaaa...
Enchek suami balas, macam tulisan tamil lak...
Saya dah pakat gelak2 lagi....
Last-last dia siap tulis pok pok pok, dah macam bujang lapok lak...


Yang ni, saya tak tau lah apa motip dia tulis cam ni pulak.
Saya dah tak boleh tahan.
Gelak besar saya dibuatnya.
Comelkan hero2 saya ni. Rasa macam nak geget2 jer.