Monday, January 31, 2011

Tak kena tempat nak bergaya

Sambil temankan Aqeef tempohari, saya ternampak pasangan suami isteri ni. Si suami siap dengan topi ala2 VE gitu manakala si isteri pula berbaju putih low-cut, berseluar jeans ketat, berkasut wedges yang juga berwarna putih dan bermekap ala2 artis jemputan di majlis tersebut. Sekali pandang memang laa seksiiiiii.....tapi 3-4 kali pandang seksaaaaaaaaaa yang lebih. Hahahaha....

Kalau ya pun suka bergaya dan pandai bergaya sekalipun, takkanlah tak terlintas di fikiran, kena tak baju ni dengan majlis & tempat yang pergi ni?

Tak salah nak bergaya, tapi biarlah kena dengan tempat. Dah tentu majlis tu majlis pertandingan mewarna untuk kanak-kanak tabika, ya, saya ulang, PERTANDINGAN MEWARNA, ya ibu2, bapa2 sekalian. Bukannya pertandingan Bintang Kecil yang akan disiarkan di kaca tv.


Friday, January 28, 2011

Anak oooo anak...

Pagi tadi odw pergi kerja, enchek suami cerita yang ada seorang pak cik bawak beca, selalunya masa enchek suami sampai kat tempat kerja, pak cik ni dah berehat kat beca dia, kat belakang opis enchek suami. Tiap kali nampak enchek suami, biasanya pak cik ni angkat tangan. Ok la.

Dah tu semalam bila enchek suami lalu sebelah pak cik ni, tiba-tiba dia tegur.

PC: Enchek...enchek...
ES: Ya, kenapa pak cik?
PC: Pak cik nak RM1, nak pergi minum. Rasa tak sedap badan pula pagi ni.

Enchek suami seluk kocek, keluarkan RM10, hulur kat pak cik ni. Dia cakap banyak sangat ni enchek, tapi enchek suami kata tak mengapa, ambillah, buat beli makanan sekali.

Sedih dengar enchek suami cerita. Dah laa tua...masih bawa beca...tak sedap badam...nak minum duit tak cukuppulak...mintak kat orang. Kat mana laa anak-anak pak cik ni?


Saturday, January 22, 2011

23012011

Diam tak diam dah nak habes dah bulan Januari 2011. Dah nak masuk bulan Februari.
Umur pun dah bertambah setahun lagi.

Tahun ni saya sudah pun merancang beberapa perkara. Insyaallah bakal tercapai.


Bercuti2an 1 Malaysia
Memandangkan tahun lepas kami buat belanjawan berhemah, terpaksa mengurangkan xtvt bercuti. Tahun ni mesti! mesti! mesti! memperbanyakkan lagi xtvt percutian kami. Penuh pengharapan dapat bercuti ke Penang. Fuhhhhhh....

Beli notebook
Dah pakat2 dengan enchek suami, nak beli notebook. Tak payah berebut. Tak payah tunggu giliran nak guna desktop ni. By hook or by crook. Terseksa jiwa dan raga ni tau. Jadi mulai sekarang dah mula meninjau2 kedai komputer tengok notebook mana yang mampu dimiliki.

Beli DSLR
Ni verangan jer. Manalah tau mimpi jadi kenyataan. Ni gara2 melihat adik ipar saya dok usung DSLR beliau kehulu ke hilir. Perghhhh....tak senang duduk saya dibuatnya. Nak buat mcmana, beliau seorang photographer sambilan. Memang laa begitu.


Jadi anak, isteri dan mama yang baik (lebih baik harapnya)
Memang itulah harapan dan doa saya saban hari.


Lebih banyak memasak untuk seisi keluarga
Huh....sejak duduk sendiri, samada mahu atau tidak, memang ler kena masak. Habis tu takkan mahu ke rumah mak setiap kali waktu makan.


Bisik-Bisik

Ajak Mak, Bak, AA & Ira makan kat luar. Maaf yer EE & En Arief, sapa suruh awak berdua ke Sarawak hujung minggu nie. Hahahahha...laen kali yer. Ingat nak makan kat sekitar BP ni jer. Tetiba mak cakap teringin nak makan kat Bisik Bisik, Pt Raja. ~~~En Arief laa ni yang rekemen baekkkk punya kat mak.~~~

Tempat ok, layanan pon ok. Makanan? Tengok semua makan beria2, kira ok laa tu. Cuma tomyamnyer terlalu pedas. Nanges2 kitaorang makan. Yang paling sedap adalah air kopinya. Dua jug ok kitaorang minum. Memang pekat, likat, dan melekat. Perghhhh...dah macam minum kat OTWC.

Terngat masa makan kat Bagan Lalang. Semua ada masa tu. Makanan santak 2 meja penuh. En. Arief, sila aturkan rancangan ke Bagan Lalang lagi, amacam???

Pameran yang tak macam pameran, leh?

Semalam pagi masa hantar Aqeef kat sekolah, cikgu kelas dia bertanyakan samada saya bekerja atau tidak esok? Dalam hati tu berkata sendiri, ada majlis apa pulak nie? Ada pertandingan mewarna kat High School esok. Pukul 4 petang esok ya, pesan cikgu tersebut. Insyaallah, ucapan manis di bibir...padahal dalam hati tu berkata masyaallah....

Cakap jer kul 4 petang, hampehhhhh. Gitu gini, kul 4.30 ptg baru mula. Itu pun siap ada persembahan zapin, gamelan dan silap mata. Boleh laa dari xder langsung.

Aqeef bab2 mewarna ni ada kureng sket. Tapi memang nak bagi pendedahan pada dia. Dengan harapan ada perubahan +ve. Dah 2-3 kali gak bawak dia masuk pertandingan macam tu, bukan tempat 3 teratas yang saya dan enchek suami idamkan, macam yang saya tulis tadi, nak beri pendedahan pada dia.

Berbalik pada pameran buku yang diadakan tu, tak banyak pilihan pun pada pendapat saya. Kalau setakat nak cari buku untuk anak2, buku latihan, memang molek laa, tapi bagi pembaca 'tegar' macam saya nie, apalah sangat yang boleh saya perolehi. TAKDER...

Tambah bengang bila berhajat nak amek gambar, tapi rupa2nya kamera sudah kehabisan baterinya. Apa kes bawak kamera tapi tak der bateri...