Tuesday, November 9, 2010

Mimpi ngeri lagi

Saya tak boleh tengok drama Melayu. Tak boleh. Bukan tak nak...tapi tak boleh. Terutamanya kalau drama yang mengisahkan keberantakan rumahtangga...contohnya suami ada kekasih gelapnya, suami kahwin lagi.

Kalau tengok drama cam tu, mesti malamnya jadi mimpi ngeri. Igauan ngeri beb. Memang mesti punyalah. Tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. Mungkin saya membayangkan kalau saya berada di tempat si isteri yang suaminya nak kahwin lagi tu. Bagaimana perasaan...keadaan...rancangan masa depan...entahlah...boleh ke situ pulak pikiran saya ni.

Yang hairannya tu kalau tengok drama yang sarat dengan mesej, memberi pengajaran, kesedaran, keinsafan, tak pulak termimpi-mimpi. Tak pulak jadi igauan ngeri. Tak pulak jadi terbangun tengah-tengah malam. Huhhhh...tak paham betul saya.

Macam sekarang ni dok layan cerita Chinta. Dah habis dah pun hari Khamis lepas kan. Sila salahkan mak saya. Dia yang mempengaruhi saya tengok cerita ni. Sama macam cerita-cerita sebelum ni, Adamaya, Nur Kasih, Nenek Kebaya (sekadar menyebut beberapa contoh), mak saya laa jugak punya angkara. Dah saya terjebak sama melayan cerita tu dengan dia.

Episod yang akhir-akhir ni kan banyak cerita pasal konflik antara Rasul Iman, Sadatul dengan Chinta. Sampai laa bahagian Sadatul beri kebenaran untuk Rasul Iman kahwin lagi tu. Sungguhpun Sadatul benarkan suaminya tu kahwin lagi, tapi dia tetap merasa sedih. Nanges dia sorang-sorang.

Episod akhir tu airmata saya bergenang jer. Lebih-lebih lagi masa Adiputra a.k.a Rasul Iman nanges sambil cium dahi Chinta yang dah meninggal tu, luluh hati saya dibuatnya. Sebelum tu sempat lagi sarungkan cincin sungguhpun Chinta dah terlentok (dah nak meninggal dah masa tu).

Kalau saya...memang cakap terus terang lah...saya tak mampu jadi macam Sadatul. Bagi saya lah. Bagi orang lain tak tahulah pula. Mereka tu layak dapat payung emas. Saya ni gamaknya hanya mampu pakai payung free yang dapat masa memperbaharui cukai jalan dan insurans tu.

Petang tengok cerita tu, malamnya terus mimpi. Ngeri siot. Enchek suami nak kawen. ~ Seb baik mimpi, mimpikan mainan tido. Seb baik nak kawen. Seb baik belum sempat kawen lagi, saya dah terjaga ~.

Hahahaha...masa citer kat enchek suami pagi tu brani betul dia cakap, kenapa terjaga? Potong betulllll.

Potong apa???? Saya potong betul-betul baru tau....ada brani?????

No comments: