Lama rasanya tak cerita pasal anak bujang saya ni. Sekarang ni Aqmyl tgh kemaruk dengan 3Dpuzzle. Setakat ni dah ada 4 koleksi dia. Murah. Beli pun kat kedar serbaneka tu jer. Tapi hasilnya berbaloi. Cantik!
Pada peringkat awal tu memang dia perlukan bantuan. Macam masa dia mula-mula beli tu, dia pi beli dengan mak ngah buah hati pengarang jantung dia tu, jadi mak ngah, sila layan!

Yang ni besar sket. Ada 64 pcs. Harganya pun dalam RM20-an.
Masa dia buat yang ni, mak ngah ada tolong. Saya pun turut masuk campur.
Separuh jalan buat, saya tidur.
Bangun tidur, tengok dia dah hampir siapkan.
Saya dah jatuh hati dengan 3Dpuzzle ni. Cuma saya terpikir gak, kenapa 3Dpuzzle ni tiada bangunan2 menarik di Malaysia? KLCC ke, Menara KL ke, PICC ke, sekadar menyebut beberapa nama. Setakat yang saya jumpa semuanya bangunan luar negara. Alangkah menariknya jika ada bangunan di Malaysia yang dijadikan 3Dpuzzle.
Sebelum ni saya selalu buat puzzle yang gambar biasa tu. Ada gambar pemandangan, ada gambar budak lelaki + perempuan yang comel2 tu. Puzzle terbesar yang pernah saya buat adalah sebanyak 3,000 pcs. Masa cuti semester, saya habiskan masa dengan menyiapkan puzzle tersebut. Ianya hadiah dari 'seseorang'. Kini hasil kerjatangan tersebut tergantung kat ruang tamu rumah saya. Nanti saya muat turun ya! Dan bolehlah 'orang' tu tengok hasil pemberian beliau.