Friday, March 18, 2011

Anak perempuan vs anak lelaki kawen

Saya terbaca 1 artikel kat mana ntah tempohari....lupa lak...menyatakan mengahwinkan anak lelaki berbeza perasaannya jika dibandingkan dengan mengahwinkan anak perempuan.

Kalau anak perepuan yang berkahwin, si ibu tidak risau dan sedih sangat. Si anak telah di didik dengan ilmu rumahtangga: memasak, mengemas, melayan suami, taulah mereka menguruskan rumahtangga mereka. Asasnya dah ada, tinggal nak memperkukuhkannya jer.

Berbanding dengan anak lelaki, si ibu lebih sedih dan risaunyanya, tak pasti sama ada si isteri tu boleh atau tidak menjaga si suami sepertimana si ibu menjaganya sebelum ini. Makan minumnya, pakainya, sama ke macam masa si ibu tadi menjaga anak bujangnya tu.

Saya tengok masa adik perempuan saya kawen, mak nanges bukan main lagi. Bila tengok mak nanges, saya ni pun tumpang semangkuk laa nanges sama. Mungkin mak rasa sedih melepaskan anak perempuannya, sedih sebab kini adik dah berada dibawah tanggungjawab suaminya. Begitu gak masa lepas majlis bertandang di rumah keluarga lelaki, masa nak tinggalkan adik saya, mak nanges lagi. Waaaaaaaaaa......

Bila adik ipar saya kawen, saya tengok mak mertua saya releks jer. Cuma saya rasa sebak masa dia nak pergi nikah tu, dia jumpa & bersalam dengan abah & mak. Begitu juga masa nak pergi bersanding di rumah pihak perempuan, dia jumpa abah & mak. Dorang peluk dia, mak mertua saya nanges gak sket.

Mungkin kalau anak2 saya kawen nanti saya pun macam mak saya gak. Saya ni nampak jer ganas, tapi dalam hati ada taman beb. Ehhh....anak2 bujang saya tu lambat lagi laa kawen. Berkhatan pun belum! Hahahahahahahahahahaha....

No comments: