Friday, March 18, 2011

Legaaaaaaaaaaa

Alhamdulillah....syukur sgt2 sbb majlis perkahwinan adik enchek suami merangkap adik iparku berjalan lancar. Terima kasih saya ucapkan pada mak cik-mak cik, pak cik-pakcik, sepupu sepapat, serta jiran tetangga yang banyak membantu menyumbangkan tenaga dan keringat bagi menjayakan majlis perkahwinan tersebut.

~~~ Jasa dan budi baik kalian akan saya kenang hingga ke akhir hayat.
Ewah ewahhh....bikin statement macam saya pulak pengantinnya. ~~~

Syukur sangat sbb ramai mak cik dan pak cik enchek suami yang menghulurkan tangan membantu. Berbanding ketika menguruskan majlis kawen adik sendiri tahun lepas, keluarga sebelah saya tidak ramai.

Masa saya baru berkahwin dengan enchek suami, saya mengalami 'kejutan budaya' dengan keluarga besar enchek suami. Sungguh!!! 7-8 kali ganda keluarga saya baru sama dengan keluarga enchek suami. Tapi, keluarga besar enchek suami memang best!!! Meriah beb!!! Pada mereka, saya tumpang bermanja.

Walau sudah seminggu majlis tersebut selesai, masih saya terasa keseronokan berkumpul ramai-ramai. Dengan riuhnya....dengan kecohnya...saya rindukan suasana minggu lepas!!!!!


No comments: