Thursday, July 8, 2010

Liputan penuh...Barang Hantaran

Gambar ini adalah diantara barang-barang hantaran daripada kedua-dua belah pihak. Sepertimana yang telah saya maklumkan sebelum ini ~~~ehhh...mcm buat surat rasmi pulak~~~ yang berwarna coklat daripada pihak perempuan manakala yang berwarna merah jambu tu pula daripada pihak lelaki.

~~~Kek: Kek buah & kek yang ditempah kat SR~~~


~~~Tali pinggang~~~


~~~Minyak wangi~~~


~~~Potpouri~~~


~~~Baju kemeja + vest~~~


~~~Kasut~~~


~~~Tafsir Al-Quran~~~


~~~Cincin~~~


~~~Sirih junjung~~~


~~~Yang ni, hadiah sebab bendul adik ku yang sorang lagi telah dilangkah.
Sepasang baju dan juga jam tangan.~~~


~~~Barangan solek & penjagaan wajah~~~


~~~Penjagaan wajah~~~


~~~Baju~~~


~~~Sirih junjung~~~


~~~Kek~~~


~~~Kasut~~~


~~~Coklat~~~


~~~Buah2an~~~

Wednesday, July 7, 2010

Liputan penuh...Majlis Berinai

Sebelah malamnya pula, lepas solat maghrib, ada majlis tahlil dan doa selamat oleh kumpulan yasin perempuan kg saya. Lepas tu baru rombongan pihak lelaki smpai untuk majlis berinai.


~~~Ni kat depan rumah.
Dengan diterangi sinar bulan purnama, dorang boleh bercengkerama pula.
Kat bawah pokok kelapak.~~~


~~~Pengantin baru~~~


~~Moga berkekalan hingga ke hujung nyawa~~~



~~~Yang kat umah atas, kumpulan yasin perempuan tgh marhaban,
menyambut ketibaan pihak keluarga lelaki.~~~


~~~Jaga diri baik2 yer nak~~~


~~~Alolololo...sayang menantu mak yang chebolll ni~~~


~~~Rombongan pihak lelaki yang sporting abis~~~


~~~Tunggu turn menginai pengantin~~~


~~~Kat luar rumah, kumpulan kompang tak abis2 dok balun kompang.
Prektis sbb esok pagi ada pertandingan kat Dataran Bt Pahat~~~


~~~Balun dik...jgn tak balun~~~


~~~Kami adik beradik~~~

:

:

:

:

:

:




~~~Adik ipar saya cakap, jurugambar ni nak amek gambar saya sorang.
Model muslimah katakan hari tu~~~

Tuesday, July 6, 2010

Liputan penuh...Majlis Nikah

Lepas solat Jumaat, hujan turun lebat sungguh. Lengkap dengan kilat & guruh sekali. Alhamdulillah, masa rombongan pihak lelaki dah nak sampai tu, hujan berhenti terus. Cuaca pun elok jer. Memang hujan rahmat bak kata orang. Kalu kata saya, ni hujan pengantin...


~~~Senyum jer pengantin. Mata tu sila kawal sket k...jgn asyik nak terkelip2.~~~


~~~Adik ipar saya yang saya lihat begitu 'cool' sekali.
Senyum memanjang.
Dia yang jalan depan sekali.~~~


~~~Ni masa tandatangan borang2 semua.
Cantik baju nikah dia ni kan?~~~



~~~Rombongan pihak lelaki.
Hantaran yang berwarna coklat tu dari pihak perempuan.
Yang berwarna merah jambu tu pulak dari pihak lelaki.~~~


~~~Masih dengan muka 'cool' beliau.~~~


~~~Masa jurunikah tu baca khutbah nikah, adik ipar saya sempat buat lawak lagi.
Jurunikah tu sebut laa rukun nikah tu semua.
Bila ditanya betul ke itu pengantin perempuannya, dia siap toleh.
Tengok betul ke idak.
Lepas tu siap leh cakap lagi, lain muka kena solek.
Semua dok gelakkan dia.

Ehhh mamat ni...tak takut?
Cuba tengok juru nikah tu....~~~


~~~Saat ijab kabul~~~

Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, sahlah sudah adik saya,
Seri Hajar menjadi isteri kepada Mohamad Arief bin Mahjom.~~~


~~~Dari sudut lain~~~


~~~Membatalkan air sembahyang~~~


~~~Hadiah~~~


~~~Solat sunat~~

Monday, July 5, 2010

Masa Nikah :) Seri & Mohd Arief


Biar betul baru nak letak gambar?
Tapi ada saya kisah....Blog saya.
Oh yaa...gambar banyak lagi yer...
mata saya yang berpinar-pinar nak pilih yang mana satu...
semuanya cantik-cantik belaka...
~~~statement tidak sedar diri~~~




Inilah pengantinnya, adik saya ni.
Cantik kan???
Mcm saya...



Ini lah adik ipar saya.
Dia lak yang jalan depan sekali, gayanya lebih kepada ketua rombongan.
Muka releks jer.



Bak memulakan majlis.
Dia sendiri yang jadi jurucakap.


Menyerahkan duit mas kahwin.
RM22.50


Majlis berinai ni dibuat pada sebelah malam.
Macam biasa, siap ngan kompangnya sekali.
Meriah!!!


Berinai


Sekeluarga




Pengantin bersama ibu bapa kedua belah pihak


Pengantin baru...
Seri Hajar binti Sanin & Mohd Arief bin Mahjom


Gambar yang paling saya suka....
Comel jer pengantin ni....

:



:


:


:


:


:


:

Comelkan???



Kenapa tiada post?

Maaf kerana hampir dua bulan blog ini sepi. ~~~sambil buat muka perasan macam ada orang baca blog yang entah apa-apa ni~~~ Sepanjang bulan Mei lepas, saya sibuk dengan urusan perkahwinan. Yang pastinya...ia bukan majlis perkahwinan saya...tetapi majlis perkahwinan adik perempuan saya. Cerita mengenai majlis tersebut bakal menyusul selepas ini.

Usai saja majlis perkahwinan tersebut, merupakan "Bulan Sakit Sekeluarga". lepas sorang-sorang demam + batuk + selsema. Penat gamaknya. Sekarang ni pun saya masih batuk lagi. Bak kata suami saya, batuk manja gitu. Alaaaa abang ni.....

Friday, April 30, 2010

Dilanjutkan laaa pulakkkkkk

Mula-mula kata sebulan je. Jadi bila dah dekat akhir bulan 4 ni, hati saya dah berbunga-bunga. Rutin harian dapat kembali normal. Namun harapan tinggal harapan. Masa di kedai runcit petang tadi, tokey kedai tu berikan notis berwarna merah jambu kepada saya.

"Apa ni uncle?"

"SAJ punya jadual lorrrr"

Belek punya belek, baru dapat tau yang catuan air akan dilanjutkan untuk tempoh sebulan lagi. Waktu bekalan air yang diterima masih lagi dikekalkan.

Kawasan yang mendapat bekalan air berjadual mulai (10.00 malam - 10 pagi)

I Pt Imam, Jln Kluang South 1, Tmn Puteri Indah, Pt Besar 2 (10"), Pt Besar 1 (6"), Tmn Puteri Jaya, Tmn Sri Jaya, Jln Kluang North


Seminggu dua ni boleh dikatakan hujan lebat saban petang. Tapi kenapa masih dilanjutkan lagi catuan air ni? Mungkinkah hujan yang turun ini tidak di kawasan Empangan Bekok dan Sungai Bekok?

Ahhhhh.....sudahhhhh....mak mula risau. Masakan tidak risau...jika di izinkanNya, majlis perkahwinan adik akan dilangsungkan akhir bulan Mei nanti. Kalau keadaan ini berterusan, macamana ekkk?

Cuma yang membuatkan kerisauan reda sedikit bila baca "bekalan air berjadual ini dengan sendirinya terbatal sekiranya kuantiti dan kualiti air di empangan dan sungai menunjukkan peningkatan normal sekaligus membolehkan bekalan air dirawat di loji pada kapasiti biasa."

Tapi cuak bila baca, "Tetapi, sebaliknya jika keadaan bertambah kritikal, jadual bekalan air yang baru akan dikeluarkan."

Sunday, April 11, 2010

Kena catu lak....

Mulai 29hb Mac lepas hingga kalau tak silap saya 28hb April manti, daerah Bt Pahat dan kawasan sekitarnya kena catuan air. Memang sejak akhir-akhir ni panas terik. Tapi tak de lah pulak menyangka samapai air kena catu lak.

Payah juga bila air dah kena catu macam ni. Tempat saya kena giliran 10 malam - 10 pagi baru dapat bekalan air. Memanglah dalam pukul 9.30 malam air dah mula keluar, tapi kecil. Macam ekor tikus. Kalau saya sebut macam air k*****g macam melampau pula. Pukul 11-12 malam nanti barulah air tu besar macam biasa.

Yang tak sedapnya, dah laa air kena catu, bekalan elektrik pulak selalu terganggu dalam seminggu ni. Bengang lagi saya dibuatnya. Dah laa air tak ada, bergelap pulak. Adusssss....mana tahannnnnn....