Monday, August 2, 2010

Berbalas-balas pula

Selang sehari lepas hari ulangtahun kelahiran enchek Azlan, kami sambut ulangtahun perkahwinan pula. Mulanya ingat nak kluar makan tengahari, tapi dia kata tak boleh, opis tak der orang. Hmmmm...jawapan standard.

Tapi....rupa-rupanya dalam diam-diam, enchek Azlan sudah ada perancangan beliau sendiri. Kononnya nak buat kejutan juga. Wahhhh....macam berbalas-balas pantun lak dibuatnya. Malam tu masa nak simpan barang dalam peti ais...haaaaaaaa...tengok-tengok ada kotak SR. Dia balas balik.....


Terima kasih laaa enchek Azlan. Walaupun saya sedar yang saya ni "hangin" orangnya,... walaupun saya setakat tukang masak amatur... walaupun saya sekarang ni dah pandai membebel... walaupun saya itu...walaupun saya ini...enchek Azlan sentiasa berada di sisi.

Happy 8th Anniversary!
May we be together ever after. Love you forever.

Saturday, July 31, 2010

SURPRISEEEEEE!!!!

Kejutan yang dibuat untuk enchek suami pada 31/7 yang lepas menjadi!!! Sebenarnya, saya sendiri tak tau nak buat apa pada hari ulangtahun kelahiran enchek Azlan tahun ni. Tahun lepas, kejutan berjaya dibuat hasil hubungan pakatan sulit dengan Cik Lina adik manis tokey cuppies ~~~sis, akak rindu laa kat cupcakes awak~~~

Jadi tahun ini kena tampil dengan idea baru. Sembunyi-sembunyi beli lilin wangi. Beli kek pun cam tu gak. Jadi, hari Jumaat tu macam biasa laa jadual dia. Latihan band kat studio, lepas tu ngeteh kat HBO. Chanteeeekkkkk!!!! Budak kecik berdua tu pun macam paham-paham jer yang mama dier nie ada agenda malam tu - masuk tido awal. Senang sungguh kerja saya malam tu.



Bila enchek Azlan hantar sms bgtau yang dier dah nak balik, nak pesan apa-apa tak? Memang selalu macam tu, tanya laa kot-kot saya nak soh beli roti canai. Say pon sepantas pantas lipas cepat-cepat hidupkan lilin tu semua. Banyak tu weiii....sempat ke tidak? Sempat ke tidak? Sempat...sempat...mesti sempat punya.



Siap jer hidupkan lilin semua, matikan lampu. Kek memang dah standby kat atas meja. Dengar bunyi kete baru nyalakan lilin kat atas kek. Makin laju jantung saya. Dup dap dup dap. Ehhhh....saya pulak yang terlebey eksited.



Dia masuk jer saya terus cakap SURPRISEEEEEEE!!!!!!! Terkejut badak dia dibuatnya. Mana tidaknya, tengok lilin penuh 1 rumah. Kek dah siap atas meja. Hahahahaha....suka tak? Suka tak? Senyum sampai ke telinga dibuatnya. Kesian dia kena dera lepas tu, kena tiup semua lilin-lilin. Takkan nak biarkan jer? Mau terbakar lak rumah dibuatnya.






HAPPY 34TH BIRTHDAY SAYANG!
Love you with all my heart.
~~~sungguh!!! Itu saja yang mampu saya berikan~~~

Sunday, July 11, 2010

Liputan penuh...Majlis Bersanding Bhgn 3



~~~Okey, berhenti kat situ yer. Tunggu jap...~~~


~~~Haaa...ada tol rupa2nya. Kalau Johorean pastinya tidak terperanjat kena bayar tol. Terima TUNAI sahaja~~~


~~~Pandai-pandailah~~~


~~~Berpeluh juga dibuatnya~~~


~~~Layan jer laa...~~~


~~~Lom abis lagi, ada persembahan silat lak lepas tu~~~


~~~Berpeluh pengantin dibuatnya~~~


~~~silat lagi...~~~

~~~dan lagi...~~~




































Saturday, July 10, 2010

Liputan penuh...Majlis Bersanding Bhgn 2

~~~Rumah bersanggahnya...~~~


~~~Adik ipar saya bersama ayah, mak dan mak ciknya~~~


~~~Kumpulan kompang yg dah bersiap sedia
Tunggu signal...~~~



~~~Ok...ok...1...2...3~~~


~~~Dah siap dah ni~~~





~~~Dah mula berarak ke rumah saya~~~



~~~Cepat laa weiii...panas nie.
Yg bawa bunga manggar ni anak2 kepada sepupu2 saya~~~





~~~Belok kiri...tik tok tik tok~~~


~~~dah nak sampai dah~~~


~~~Depan tu jer...~~~


~~~sikit lagi~~~


~~~Ni semua rombongan pihak lelaki~~~


~~~Kompang belakang sekali.
Masih lagi dok balun...~~~

Friday, July 9, 2010

Liputan penuh...Majlis Bersanding Bhgn 1

~~~Okey...kita mula kat umah bersanggah rombongan lelaki dulu.
(padahal ini sepatutnya gambar yang terakhir laa)~~~



~~~Tambah kat bibir tu sikit~~~


~~~Tambah kat mata sikit~~~


~~~Adjust tudung sikit sambil tanya kat mak andam...Cantik tak?~~~

Hasilnya
???



:



:



:



:



:



:



:



:



:



:



Tadaaa....


Cantikkan?
Ehhhhhhh...tengok laa kakak dier ni....