Saturday, July 31, 2010

SURPRISEEEEEE!!!!

Kejutan yang dibuat untuk enchek suami pada 31/7 yang lepas menjadi!!! Sebenarnya, saya sendiri tak tau nak buat apa pada hari ulangtahun kelahiran enchek Azlan tahun ni. Tahun lepas, kejutan berjaya dibuat hasil hubungan pakatan sulit dengan Cik Lina adik manis tokey cuppies ~~~sis, akak rindu laa kat cupcakes awak~~~

Jadi tahun ini kena tampil dengan idea baru. Sembunyi-sembunyi beli lilin wangi. Beli kek pun cam tu gak. Jadi, hari Jumaat tu macam biasa laa jadual dia. Latihan band kat studio, lepas tu ngeteh kat HBO. Chanteeeekkkkk!!!! Budak kecik berdua tu pun macam paham-paham jer yang mama dier nie ada agenda malam tu - masuk tido awal. Senang sungguh kerja saya malam tu.



Bila enchek Azlan hantar sms bgtau yang dier dah nak balik, nak pesan apa-apa tak? Memang selalu macam tu, tanya laa kot-kot saya nak soh beli roti canai. Say pon sepantas pantas lipas cepat-cepat hidupkan lilin tu semua. Banyak tu weiii....sempat ke tidak? Sempat ke tidak? Sempat...sempat...mesti sempat punya.



Siap jer hidupkan lilin semua, matikan lampu. Kek memang dah standby kat atas meja. Dengar bunyi kete baru nyalakan lilin kat atas kek. Makin laju jantung saya. Dup dap dup dap. Ehhhh....saya pulak yang terlebey eksited.



Dia masuk jer saya terus cakap SURPRISEEEEEEE!!!!!!! Terkejut badak dia dibuatnya. Mana tidaknya, tengok lilin penuh 1 rumah. Kek dah siap atas meja. Hahahahaha....suka tak? Suka tak? Senyum sampai ke telinga dibuatnya. Kesian dia kena dera lepas tu, kena tiup semua lilin-lilin. Takkan nak biarkan jer? Mau terbakar lak rumah dibuatnya.






HAPPY 34TH BIRTHDAY SAYANG!
Love you with all my heart.
~~~sungguh!!! Itu saja yang mampu saya berikan~~~

No comments: