Saturday, January 22, 2011

Bisik-Bisik

Ajak Mak, Bak, AA & Ira makan kat luar. Maaf yer EE & En Arief, sapa suruh awak berdua ke Sarawak hujung minggu nie. Hahahahha...laen kali yer. Ingat nak makan kat sekitar BP ni jer. Tetiba mak cakap teringin nak makan kat Bisik Bisik, Pt Raja. ~~~En Arief laa ni yang rekemen baekkkk punya kat mak.~~~

Tempat ok, layanan pon ok. Makanan? Tengok semua makan beria2, kira ok laa tu. Cuma tomyamnyer terlalu pedas. Nanges2 kitaorang makan. Yang paling sedap adalah air kopinya. Dua jug ok kitaorang minum. Memang pekat, likat, dan melekat. Perghhhh...dah macam minum kat OTWC.

Terngat masa makan kat Bagan Lalang. Semua ada masa tu. Makanan santak 2 meja penuh. En. Arief, sila aturkan rancangan ke Bagan Lalang lagi, amacam???

No comments: