Saturday, January 22, 2011

Pameran yang tak macam pameran, leh?

Semalam pagi masa hantar Aqeef kat sekolah, cikgu kelas dia bertanyakan samada saya bekerja atau tidak esok? Dalam hati tu berkata sendiri, ada majlis apa pulak nie? Ada pertandingan mewarna kat High School esok. Pukul 4 petang esok ya, pesan cikgu tersebut. Insyaallah, ucapan manis di bibir...padahal dalam hati tu berkata masyaallah....

Cakap jer kul 4 petang, hampehhhhh. Gitu gini, kul 4.30 ptg baru mula. Itu pun siap ada persembahan zapin, gamelan dan silap mata. Boleh laa dari xder langsung.

Aqeef bab2 mewarna ni ada kureng sket. Tapi memang nak bagi pendedahan pada dia. Dengan harapan ada perubahan +ve. Dah 2-3 kali gak bawak dia masuk pertandingan macam tu, bukan tempat 3 teratas yang saya dan enchek suami idamkan, macam yang saya tulis tadi, nak beri pendedahan pada dia.

Berbalik pada pameran buku yang diadakan tu, tak banyak pilihan pun pada pendapat saya. Kalau setakat nak cari buku untuk anak2, buku latihan, memang molek laa, tapi bagi pembaca 'tegar' macam saya nie, apalah sangat yang boleh saya perolehi. TAKDER...

Tambah bengang bila berhajat nak amek gambar, tapi rupa2nya kamera sudah kehabisan baterinya. Apa kes bawak kamera tapi tak der bateri...


No comments: