Saturday, January 22, 2011

23012011

Diam tak diam dah nak habes dah bulan Januari 2011. Dah nak masuk bulan Februari.
Umur pun dah bertambah setahun lagi.

Tahun ni saya sudah pun merancang beberapa perkara. Insyaallah bakal tercapai.


Bercuti2an 1 Malaysia
Memandangkan tahun lepas kami buat belanjawan berhemah, terpaksa mengurangkan xtvt bercuti. Tahun ni mesti! mesti! mesti! memperbanyakkan lagi xtvt percutian kami. Penuh pengharapan dapat bercuti ke Penang. Fuhhhhhh....

Beli notebook
Dah pakat2 dengan enchek suami, nak beli notebook. Tak payah berebut. Tak payah tunggu giliran nak guna desktop ni. By hook or by crook. Terseksa jiwa dan raga ni tau. Jadi mulai sekarang dah mula meninjau2 kedai komputer tengok notebook mana yang mampu dimiliki.

Beli DSLR
Ni verangan jer. Manalah tau mimpi jadi kenyataan. Ni gara2 melihat adik ipar saya dok usung DSLR beliau kehulu ke hilir. Perghhhh....tak senang duduk saya dibuatnya. Nak buat mcmana, beliau seorang photographer sambilan. Memang laa begitu.


Jadi anak, isteri dan mama yang baik (lebih baik harapnya)
Memang itulah harapan dan doa saya saban hari.


Lebih banyak memasak untuk seisi keluarga
Huh....sejak duduk sendiri, samada mahu atau tidak, memang ler kena masak. Habis tu takkan mahu ke rumah mak setiap kali waktu makan.


No comments: