Tuesday, October 19, 2010

Mesti boleh punya

Masa ambil Aqmyl balik sekolah petang semalam, tanya dia periksa sekolah agama pagi tadi macam mana?
Isnin - Tauhid & Jawi
Selasa - Akhlak & Bahasa Arab
Khamis - Ibadah & Sirah

Padahal tu dah telefon mak pagi tadi. Tanya mak, Aqmyl periksa macam mana? Hari ni tanya lagi. Masih memberikan jawapan yang sama. Jawab dengan muka konfidennya.

Senang mama! Kacang jer! Mesti boleh punya!

Haaaaaa...yelah tu. Tunggu jer laa masa dapat penyata nanti. Senang ke...kacang ke...boleh ke. Tapiiiiiiiiiii..........kalau betul senang, kalau betul kacang, kalau betul boleh, mulai sekarang dah kena standby duit. Nak beli PSP. Errrr...errrr....errrrr...

No comments: