Thursday, October 21, 2010

Nak baby tak?

Minggu lepas Icu balik, bawak cucunya, Nawal Najiha. Bayangkanlah, budak perempauan umur 2 tahun vs budak lelaki umur 7 & 5 tahun. Dengan keletahnya, dengan loghat utaranya...memang riuh rendah rumah dibuatnya.

Berbanding Aqeef, Aqmyl nampaknya lebih rajin melayan Nawal. Siap main kejar-kejar sambil main tembak-tenbak air. Pistol air tak ada, jadi yang jadi mangsa adalah picagari yang selalunya saya gunakan bagi budak berdua tu makan ubat masa demam. Basah kuyup si Nawal dibuatnya.

Tok Wan dia tanya laa kat Nawal, dia suka abang yang mana satu? Abang Aqmyl ke abang Aqeef? Abang haq besaq ke abang haq kechik? Sambil tersenyum simpul punyalah manis, si Nawal menjawab, abag haq besaq. Kahkahkahkah....Aqmyl laa tu.

Saya tanya kat budak berdua tu, nak baby tak? Baby perempuan macam Nawal? Nak tahu, kedua-duanya hampir serentak, memberikan jawapan yang sama. TAK NAK. Siap berikan alasan atas ketidak mahuan mereka:-

Penat laa mama, layan baby
Bising jer masa baby nangis
~~~ellllleeeehhh...macam laa korang tu senyap sangat~~~

Beli air coklat ke, air strawberri ke, nanti baby yang habiskan
Beli coklat, baby yang habiskan
Dengan selambanya Aqeef siap menyambung, Aqeef kan baby mama...

Oh ya, masa marhaban HBO bulan Syawal yang lalu, ramai yang menyangka saya mengandung. Sebab: saya demam dan tidak dapat turut serta pada marhaban hari pertama. Kebetulannya pula, pada hari ke-2, saya memakai jubah. Mungkin itu menguatkan lagi sangkaan mereka. Jadi, ramai yang "mengusik" dan mendoakan moga-moga dapat anak perempuan.

Tak salah mereka "mengusik" begitu. Sebab saya sendiri pun fikir saya mengandung. Hahhhhh!!!!!!!!!!! Jadi betullah????????????????? Jeng jeng jengggggg......

:



:



:



:



:



:



T.I.D.A.K.




Nampaknya bukan & belum rezeki kami untuk menambah bilangan ahli keluarga lagi.

No comments: