Friday, October 15, 2010

Profile Picture

Seminggu dua nie enchek suami sibuk suruk saya tukar gambar profile di mukabuku saya. Padahal tu gambar yang sama juga saya gunakan untuk profile di blog ni. Tapi disebabkan broadband sudah menjadi berukband, saya diamkan jer. Buat-buat tak tahu. Tapi, sebenarnya saya malas. Ya, M.A.L.A.S.

Rupa-rupanya dia mengadu yang rakan-rakan sepejabat beliau dok "mengusik" pasal gambar tu. Siap cakap, ehhhh....saya nampak gambar awak kat mukabuku. Lepas tu yang lain pon dok menyampuk sama, ahh ahh saya pun. Saya pun. Saya pun. Laaaaaaa....ramai yang dok mengintai mukabuku saya rupa-rupanya.

Macam biasa, saya cakap sekadar nak menyedapkan hati enchek suami, mereka cemburu. Mereka belum pernah lagi bergambar 'manja' dengan pasangan. Mana tahu, lepas ni jenguk ke mukabuku dorang, ada dah gambar 'manja' mereka pula. Mana tahu laaaa kan.

Seingat saya, belum pernah lagi selama setakat ini saya tengok gambar sepupu sepapat mahupun kawan-kawan di mukabuku khususnya, lepas tu bila berjumpa, 'mengusik' mahupun 'mengutuk" gambar mereka. TIDAK PERNAH. Walau semanja mana, walau segedik mana, saya tidak pernah bertanya. Jauh lagi mengusik, apatah lagi mengutuk. Saya bukannya artis. Biarlah. Kalau saya tak suka orang buat begitu pada saya, saya pun tak mahu buat benda yang sama pada orang.

Sekurang-kurangnya kami jujur. Tunjukkan gambar sendiri. Pasangan sendiri. Bukannya menggunakan gambar orang lain, gambar kartun, gambar anak patung, gambar gitar atau gambar ntah apa-apa kat mukabuku.

Hmmmm....saya tengak menyelongkar folder gambar, nak cari gambar manja kitaorang lagi. Nak tengok? Nanti saya muaturun.


No comments: