Monday, October 18, 2010

Periksa! Periksa!

Dua minggu ni merupakan minggu peperiksaan akhir tahun. Minggu ni sekolah agama, minggu depan sekolah kebangsaan. Naik berbuih mulut ~~~macam makan sabun jer, yang pasti bukan kena sawan~~~ saya suruh Aqmyl belajar...baca kitab...buat latihan...bla bla blaaa....

Ikut cakap juga, tapi ada laa dalam 30 minit. Lepas tu mula tergaru sana, tergaru sini. Dah tu terus buat aduan rakyat: panas, penat, haus & nak minum, nak rehat 5 minit. Aduan yang paling kerap diterima: mengantuk. Siap pandai lak cakap, kenapa kalu tengok buku lama-lama jer terus jadi ngantuk? Hishhhh...sapa lak ajar dia cakap macam tu? Pe'el sapa laa diikutnya ni?

Teringat masa saya darjah 1 sekolah agama. Mak bacakan kitab, saya dengar. Lepas tu mak soal, saya jawab. Kalau tak dapat jawab, libasan hanger baju laa dapatnya. Masa tu tak berapa lancar lagi baca tulisan jawi. Masa periksa pun ustaz yang tolong bacakan soalan, tinggal jawab jer. Bila dah pandai sikit baca jawi, masa ustaz bacakan soalan, dalam hati siap berkata, elllehhh ustaz ni...tak payah bacakan laa...dah tau dah...

Jadi bila dah ada anak ni, konon nak buat macam tu juga. Suruh Aqmyl duduk sebelah, saya bacakan kitab ~~~mula dengan Tauhid dulu, sebab hari Isnin periksa Tauhid~~~Adalah dalam 2-3 mukasurat saya bacakan untuk dia. Lepas tu dia cakap, "bagi Aqmyl kitab tu, biar Aqmyl baca. Mama dengar pulak".

Ehhhhhhh...lancar juga dia baca. Bagi perkataan yang susah, susah jugalah bagi dia nak menyebutnya.

Lepas habis baca kitab ada sesi soal jawab. Dia bagi soalan penutup pada saya, "mama, kalau Aqmyl tak dapat no. 1 tapi markah semua dekat2 100, mama belikan PSP okey. Kalau tidak pun, kereta kontrol drift tu pun boleh juga", samabil tersenyum penuh makna pada saya.

Saya??? Errr...errr...errr...buat-buat macam tak dapat jawab...

No comments: