Friday, October 8, 2010

Pandai pasang ke?

Jumaat minggu lepas ada marhaban kat rumah. Yang ni untuk org kawasan nie jer. Saya sediakan makan yang ringan jer, cukuplah sekadar dengan sandwich dan buah-buahan. Jadi petang tu, masa saya tengah sibuk buat sandwich, enchek Azlan tetiba pulah datang angin rajin dia.

Saya cuma suruh dia tolong vacuum 1 rumah. Ok laa, dia buat. Lepas tu dia leh lap kipas. Kipas yang 1 tu memang la dia dah lap sebelum raya tempohari. Lepas dah siap lap, dia kononnya nak lajukan kipas tu. Ntah macam mana leh tercabut lak tali tu.

Dah la memang sebelum tu kipas tu hidup segan laju tak mahu, ni lepas dah terputus tali dia, makin tak laju. dah tak pasal-pasal kena beli barang ntah apa ke namanya benda alah tu pulak. Lepas dah pegi beli, cuba laa nak pasang balik, ada pulak wayar ntah yang mana leh putus laaa pulak. Adusssssss......tu laaaaa, kalau tangan tu gatal.....

Balik keje dua hari lepas. tetiba dia pegi rumah abang sebelah. Nak pinjam tangga. Rupa-rupanya dalam diam-diam dia dah beli kipas. Patut laa tadi enchek suami telefon tanya kalau kipas yang harganya sekian-sekian....agak-agak leh beli tak. Tanya ada makna.

Dalam dok dia sibuk turunkan kipas lama dan pasang kipas yang baru, saya terdengar dia dok ngomel sendiri. "Dia ingat aku tak pandai pasang agaknya? Jangan pandang aku sebelah mata jer". Bila ditanya kenapa, dia pun cerita, dia cakap kat abang sebelah nak pinjam tangga sebab nak pasang kipas baru. Yang abang sebelah tu tanya dia balik, pandai pasang ke?

Kahkahkahkahkahkahkahkah...........saya ingat kenapa. Orang cakap macam tu pun enchek suami leh sentap jap. Dalam hati ada taman juga rupanya mamat ni....

No comments: