Monday, July 5, 2010

Masa Nikah :) Seri & Mohd Arief


Biar betul baru nak letak gambar?
Tapi ada saya kisah....Blog saya.
Oh yaa...gambar banyak lagi yer...
mata saya yang berpinar-pinar nak pilih yang mana satu...
semuanya cantik-cantik belaka...
~~~statement tidak sedar diri~~~




Inilah pengantinnya, adik saya ni.
Cantik kan???
Mcm saya...



Ini lah adik ipar saya.
Dia lak yang jalan depan sekali, gayanya lebih kepada ketua rombongan.
Muka releks jer.



Bak memulakan majlis.
Dia sendiri yang jadi jurucakap.


Menyerahkan duit mas kahwin.
RM22.50


Majlis berinai ni dibuat pada sebelah malam.
Macam biasa, siap ngan kompangnya sekali.
Meriah!!!


Berinai


Sekeluarga




Pengantin bersama ibu bapa kedua belah pihak


Pengantin baru...
Seri Hajar binti Sanin & Mohd Arief bin Mahjom


Gambar yang paling saya suka....
Comel jer pengantin ni....

:



:


:


:


:


:


:

Comelkan???



Kenapa tiada post?

Maaf kerana hampir dua bulan blog ini sepi. ~~~sambil buat muka perasan macam ada orang baca blog yang entah apa-apa ni~~~ Sepanjang bulan Mei lepas, saya sibuk dengan urusan perkahwinan. Yang pastinya...ia bukan majlis perkahwinan saya...tetapi majlis perkahwinan adik perempuan saya. Cerita mengenai majlis tersebut bakal menyusul selepas ini.

Usai saja majlis perkahwinan tersebut, merupakan "Bulan Sakit Sekeluarga". lepas sorang-sorang demam + batuk + selsema. Penat gamaknya. Sekarang ni pun saya masih batuk lagi. Bak kata suami saya, batuk manja gitu. Alaaaa abang ni.....

Friday, April 30, 2010

Dilanjutkan laaa pulakkkkkk

Mula-mula kata sebulan je. Jadi bila dah dekat akhir bulan 4 ni, hati saya dah berbunga-bunga. Rutin harian dapat kembali normal. Namun harapan tinggal harapan. Masa di kedai runcit petang tadi, tokey kedai tu berikan notis berwarna merah jambu kepada saya.

"Apa ni uncle?"

"SAJ punya jadual lorrrr"

Belek punya belek, baru dapat tau yang catuan air akan dilanjutkan untuk tempoh sebulan lagi. Waktu bekalan air yang diterima masih lagi dikekalkan.

Kawasan yang mendapat bekalan air berjadual mulai (10.00 malam - 10 pagi)

I Pt Imam, Jln Kluang South 1, Tmn Puteri Indah, Pt Besar 2 (10"), Pt Besar 1 (6"), Tmn Puteri Jaya, Tmn Sri Jaya, Jln Kluang North


Seminggu dua ni boleh dikatakan hujan lebat saban petang. Tapi kenapa masih dilanjutkan lagi catuan air ni? Mungkinkah hujan yang turun ini tidak di kawasan Empangan Bekok dan Sungai Bekok?

Ahhhhh.....sudahhhhh....mak mula risau. Masakan tidak risau...jika di izinkanNya, majlis perkahwinan adik akan dilangsungkan akhir bulan Mei nanti. Kalau keadaan ini berterusan, macamana ekkk?

Cuma yang membuatkan kerisauan reda sedikit bila baca "bekalan air berjadual ini dengan sendirinya terbatal sekiranya kuantiti dan kualiti air di empangan dan sungai menunjukkan peningkatan normal sekaligus membolehkan bekalan air dirawat di loji pada kapasiti biasa."

Tapi cuak bila baca, "Tetapi, sebaliknya jika keadaan bertambah kritikal, jadual bekalan air yang baru akan dikeluarkan."

Sunday, April 11, 2010

Kena catu lak....

Mulai 29hb Mac lepas hingga kalau tak silap saya 28hb April manti, daerah Bt Pahat dan kawasan sekitarnya kena catuan air. Memang sejak akhir-akhir ni panas terik. Tapi tak de lah pulak menyangka samapai air kena catu lak.

Payah juga bila air dah kena catu macam ni. Tempat saya kena giliran 10 malam - 10 pagi baru dapat bekalan air. Memanglah dalam pukul 9.30 malam air dah mula keluar, tapi kecil. Macam ekor tikus. Kalau saya sebut macam air k*****g macam melampau pula. Pukul 11-12 malam nanti barulah air tu besar macam biasa.

Yang tak sedapnya, dah laa air kena catu, bekalan elektrik pulak selalu terganggu dalam seminggu ni. Bengang lagi saya dibuatnya. Dah laa air tak ada, bergelap pulak. Adusssss....mana tahannnnnn....

Saturday, March 27, 2010

Mengomel...Part 1

Ingat tak yang saya pernah tulis kat sini pasal ada yang kawan-kawan en. Azlan yang berminat nak menuntut ilmu pergitaran dengan dia kan? Boleh dikatakan seminggu sekali ada 1-2 orang ahli kugiran dia yang datang dok grengggg grengggg kat beranda rumah ni.

Oklah...saya tak kisah bab yang tu. Setakat nak buat air kopi atau nescafe kira tiada masalah. Kalu ada kudapan, saya angkatkan sekali. Kelas muzik dah habis nanti, pandai-pandailah en. Azlan yer...

Tapi masalahnya yang saya kisahkan nie sebab adalah anak murid dia yang boleh dikatakan tiap kali datang belajar muzik, bawak sekali anak isteri. Kadang-kadang tu siap ngan anak-anak sedara dia sekali diangkutnya. Parah ni...

Takkanlah saya ni zalim sangat tak layan tetamu yang datang bertandang kan. Ehhh...penat jer saya belajar subjek Adab [kini lebih dikenali sebagai Akhlak] kat sekolah agama dulu. Jadi dah tentunya saya melayan tetamu suami saya dengan sebaik mungkin. Tetamu suami tetamu saya jugak kannn..

Tapi kalau setakat sekali dua tu, masih tak mengapa...tapi kalau dah saban, minggu macam mana? Kelas muzik yang suami saya adakan tu ~~~sila jgn muntah darah~~~ dah ler santak sampai kul 11-12 malam. Bengang ni....

Friday, March 26, 2010

Pindahhhhhh????

Ya...saya tahu...bila saya sebut yang saya akan pindah...ramai yang terkejut. Ye ke? Kenapa nak pindah? Angin tak ada, ribut pon tak ada....tetiba jer. Bukan mereka dan keluarga mereka jer yang terkejut, saya sendiri masih lagi terkejut dan seakan tidak percaya yang saya nak pindah. Leh gitu?

Masa baru kawen dulu mmg laa berangan nak duduk umah sendiri, atas alasan nak belajar berdikari, terutamanya dikala hujung minggu bangun santak ke tengahari. Namun hasrat itu terpendam begitu jer. Kejap di rumah FIL, kejap di rumah mak sendiri. Lepas bersalin anak ke-2, kami ambil keputusan untuk tinggal di rumah mak saya memandangkan 3 org adik saya kesemuanya sudah bertebaran di muka bumi ini.

Keinginan nak duduk rumah sendiri tak pernah padam, kami masih meneruskan misi mencari rumah yang bersesuaian dan mampu kami miliki. Taman mana yang tak pernah kami jelajah, sampai ke Tongkang Pechah, ke Sri Gading, kesemuanya kami pergi. Bukan rumah baru siap jer kami tengok, rumah 2nd hand pun kami redah gak.

Namun en. suami agak cerewet berbanding saya dalam bab ini. Ada saja yang tidak kena pada mata dia: jauh laa, susah nak letak kereta laa kalu sedara mara datang, sempit laa, mahal dah tentu laa alasan utamanya serta seribu satu alasan lagi. Saya diamkan & ikut saja.

Padahal tu bukannya ada siapa kat rumah mak tu, hanya ada mak & bak jer setelah arwak atuk meninggal 3 tahun lepas. Adik-adik sebulan sekali balik. Mak & bak pun bukannya sihat sangat. Kalau kata nak privasi pun tak jugak sebab mak & bak memang kerap pergi rumah adik saya, seminggu dua kat sana baru balik. Jadi, privasi bukan alasan utama.

Awal tahun tempohari entah macam mana, en suami boleh berkenan pulak pada rumah ni, walaupun tuan punya rumah sekejap nak jual sekejap tak nak jual pulak. Sayang agaknya. Buat masa ni tuan punya rumah nak sewakan je dulu. Yang en. suami boleh lak beria-ria bukan main lagi nak rumah ni, tak dapat beli, sewa dulu pun tak mengapa.

Itu yang ada kata-kata kurang sedap saya dengar, kenapa baru sekarang nak pindah, patutnya pindah dari dulu lagi; kalu nak pindah tu pindahlah jauh sikit, ni tak, dekat sangat. Ehhhh....saya punya sukalah bila dan ke mana saya nak pindah.

Rumah yang buat masa ini saya sewa ini terletak di corner lot, ada tanah yang luas di sebelah tepi rumah tu, dan bahagian dapur rumah tu pun telah diubahsuai oleh tuan punya rumah. Rumah kau ado????

Jadi sepanjang cuti tahun baru cina yg lepas, kami sibuk laa membersihkan rumah tersebut disamping sibuk menghabiskan duit membeli perabot dan kelengkapan rumah. Keluarga mertua saya beria-ia menolong kami, sampaikan masa nak potong tikar getah yang nak letak kat bilik pun, bapa mertua menawarkan diri nak tolong.

Saya pernah tulis kat fb saya,
"very tired mental & physical...really need some fresh air to breath again".

Tak sangka pulak begini perasaannya. Sebelum ini berkobar-kobar semangat nak keluar dari rumah bila hangin sudah mari, tapi bila betul-betul nak pindah, saya jadi sedih. Serius ni. Masa mula-mula en. suami cakap kita pindah, terus menitik air mata saya. Kalau saya pindah, mak macam mana? Dahhh....dahhhh...saya tak mampu menaip lagi. Sedih ni....

Thursday, March 11, 2010

Sambut 2 menantu sekali tuuuuu....

Beberapa hari sebelum majlis di sebelah pihak lelaki di adakan di rumah cik Mang @ Muorrr, Mak & Bak telah berulang alik ke sana beberapa kali. Seronok agaknya di samping nak menimba pengalaman. Opppssss...

Saya dan en. Azlan gerak agak lewat sedikit ke sana. Ada misteri nusantara malam tadi. Itulah, sudah banyak kali saya pesan, jgn balik lewat sgt...kan dah....opssss...xpayah laa cerita kat sini...Kalu org lain kena boleh jadi demam dibuatnya. Tetapi yang en. Azlan nie pulak yang meragam lak adalah perutnya tu. Nasib badan...

~~~ Adi & Leha ~~~


~~ Akim & Zura ~~~


Inilah pasangan pengantin yang diraikan pada hari itu.
Biru mata hitamku...


Riuh rendah rumah masa ni
dek penangan bapa saudara penganti yang suka menyakat

Tgk sajalah aksi Leha tu...
Elak Leha jgn tak elak...


~~~ Leha & ibu mertua, Mak Ana ~~~


Kesian mak...majlis dah abis barulah selera nak makan.
Baru nak makan, kena kacau lak ngan pengantin yang mmg gila gambor...
Jgn marah yer Leha...


~~~ Anak-anak Cik Mid ~~~


~~~ Adik bongsu saya, Ira ~~~


~~~ Bersama adik ~~~
Bakal melangsungkan perkahwinannya bulan 5 nanti.
Insyaallah...

Wednesday, March 10, 2010

Majlis Kahwin sepupu sepapat

Majlis kahwin ni sebenarnya dah berlangsung di Pontian pada 26.02.2010 yang lalu. Namun tiba-tiba pula kamera saya 'merajuk', seakan mencari pasal dengan saya, jadi saya terpaksa buat muka seposen sekejap, minta ihsan dari pengantin untuk meletakkan gambar perkahwinan mereka di sini.

Bapa kepada pengantin perempuan sebenarnya meninggal dunia lebih kurang 2 minggu lepas, jadi majlis perkahwinan ini diadakan dalam keadaan yg cukup sederhana demi menghormati arwah. Tiada kompang. Tiada sanding. Kedatangan kami dari pihak lelaki terus ke meja makan beradap. Makan...makan...makan. Potong kek. Bergambar dengan pengantin di pelamin. Itu sahaja. Tapi bagi saya itu pun sudah memadai. Cukup meriah bagi saya.


~~~ Adi, Akim, Zura & Leha ~~~
Adi & Akim = Abang & adik
Adi & Leha = Suami isteri
Akim& Zura = Suami isteri
Adi & Zura = Adik ipar / Abg ipar
Akim & Leha = Akak ipar / adik ipar
Leha & Zura = Beras Biras



~~~ Keluarga Wak Sanin dari Batu Pahat ~~~
Kitaorang laa tu...
Cuma musykil jappp....Wak Sanin nyer mana????


~~~ Rombongan kami dari pihak lelaki ~~~


~~~ Keluarga Cik Mang & Mak Ana ~~~
Minggu depan majlis bertandang kat Muorrr pula.
Menyambut menantu 2 sekaligus....
Jumpa kami di sanaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......................

Friday, February 19, 2010

Aqmyl & lukisannya...Bhgn 2

Lukisan yang ini pula dibuat dalam cuti panjang ni. Habis kertas yang atuk dia dah siap potong yang bakal digunakan untuk menulis senarai barang yang nenek pesan ijka ke kedai dikerjakan oleh "cucu bertuah" ni ~~~Aminnn~~~

Kereta kebal.
~~~ Dunia askar memang tidak dapat dipisahkan dari anak bujang saya ni. ~~~


Love.
~~~ Ringkas saja jawapan dia sambil tersengih-sengih kat saya... ~~~


Paip air.
~~~ Ok...saya boleh terima...~~~


Orang bogel.
Oppssss...18sx tu. No komen...


Rumah
~~~ Ok...diterima juga ~~~


Kamera.
~~~ Mmmmm...okkkkk ~~~


Sawah padi.
~~~ Boleh tahan
~~~

Tapi yang saya tak boleh tahan bila dia menampal hasil seni beliau kat cermin almari besar ni. Tengok laa tu...alasannya...nanti kalau ada orang datang, orang tu boleh tengok lukisan dia.


Tambah dia lagi, manalah tahu kalau-kalau orang tu nak suka dan nak beli lukisannya. Boleh jual...nanti dapat duit...kumpul...kumpul...kumpul...bila dah banyak nak buat pergi bercuti.

Adussss...pening kepala saya. Nak ditanggalkan, dia dah warning siap-siap, dia akan lukis lebih banyak lagi dan tampal kat situ.


Ada sesiapa berani nak beli lukisan-lukisan ni?

Sebelum ni dia pernah buat beberapa keping lukisan (saya tak sempat nak snap gambar tu), dibawa ke sekolah. Saya ingatkan macam biasa lah, dia sekadar nak tunjuk kat kawan-kawan sekolah hasil kerja dia. Rupa-rupanya dia jual. Ya...saya ulang sekali lagi....JUAL. Terkejut badak saya dan en. Azlan dibuatnya.

Dalam kereta lepas ambil dia balik sekolah petang tu, dia cakap, duit yang ayah bagi tu Aqmyl tak guna pun. Saya tanya, habis tu beli makanan waktu rehat guna duit siapa? Bimbang jugal manalah tau dia ambil duit budak lain ke. Selamba jer dia jawab, tak laa. Aqmyl jual lukisan yang Aqmyl buat tu kat kawan. Satu keping = 0.50 sen.

Saya pandang en. Azlan...en. Azlan pandang saya semula. Terdiam. Lepas tu senyum sendiri. Anak...anak....

Aqmyl & lukisannya...Bhgn 1

Lukisan-lukisan ni sebenarnya dah disiapkan lama dah. Baru berkesempatan dimuat turun kat sini. Ketika ditanya apa yang mahu disampaikan melalui lukisan beliau ~~~ceh...ceh...ceh...macam menemuramah jer bunyinya~~~ memang membuatkan saya tersenyum.

Gambar 1:
Menu kat restoran piza.
Siap dengan peta ke restoran tersebut lagi.
Harga dalam RM okkk.
Macam2 perasa ada; keju, ayam, lembu, nanas,
yang paling saya tak boleh tahan adalah ketika dia sebut perasa durian.
Biar betul budak ni...



Gambar 2:
Yang ni pulak kat Mc D Big Apple
Yang bulat2 tu dah tentulah donuts nya kan.
Siap dengan airnya sekali.
Kopi kata dia...
~~~ Sekali lagi dia jawab sambil tersenyum-senyum ada makna kata saya ~~~

Tuesday, February 16, 2010

Ahli muzik???? Pantang datuk nenek aku.....

Suami saya memang "pandai" bermain gitar. Ini memang tidak boleh saya nafikan. Bukan semua orang diberi ada kelebihan sedemikian kan? Gifted.

Gambar-gambar ni semuanya macam biasalah saya cilok daripada folder en. Azlan. ~~~Shhhhhhhhh~~~ Diambil ketika beliau & the gang berkhemah di Taman Negeri Endau-Rompin yang lepas. Lihat sajalah aksi beliau bersama antara koleksi gitar miliknya. Dah dapat anggota kumpulan nampaknya.


Anggota kumpulan gitar rancaknya...
Ketua dah tentu duduk kat dalam khemah...
Anak murid duduk kat luar ok...


Mendapat perhatian nampaknya...


Tgh tuning gitar ke bang?
Cari kod gamaknya....


Lihat saja aksi beliau....


Ntah lagu apa laa di mainkannya...
Layan perasaan nampak mamat yang pakai baju biru tu...


Inilah muka mamat poyo yang nampak macam bagus jer main gitar...
Tapi... dialah chenta hati saya....
~~~tetiba jer~~~


Balik dari perkhemahan inilah siap ada 2-3 orang rakan beliau yang mahu menuntut ilmu pergitaran. Boleh dikatakan seminggu sekali beranda rumah menjadi tempat mereka dok kruang krang kung krang main gitar. Kekadang tu ok laaa....kekadang tu ke laut gak dengarnya. Hahahahahahahaha....~~~ampun kami penunggu gua...ampunkan kami penunggu gua~~~....

Sunday, February 14, 2010

Selamat Hari Lahir Mak Cu!!!!


selamat hari jadi,
selamat hari jadi mak cu,
selamat hari jadi......
~~~tepuk...tepuk...tepuk~~~

Selamat Hari Jadi untuk adik bongsu saya,
SERI SHAHIRA BINTI SANIN

Monday, February 1, 2010

TAG berkenaan suami

TAG dari Lina adik manis (tokey cuppies ni) sebenarnya dah lama saya peram...ingat nak buat pekasam jer macam yang lain...tapi angin saya baik kali ni. Walaupun dah tersimpan agak lama akak buat juga ni tau...jangan marah akak yer adik manis.


1. First time you met him - when and where?
Masa sekolah rendah dulu...darjah 5 ke 6...tahun bila ekk...tak ingat lak...kena kira balik. Hahahaha...jangan tak tau, saya dan en. Azlan ni sama-sama 1 sekolah semenjak sekolah rendah lagi. Sampailah sekolah menengah...sampai lah habis tingkatan 6.


2. Love at first sight?
Oooooo tidak...tidak...tidak. Sama sekali tidak. Saya sama sekali TIDAK jatuh cinta pada en. Azlan pada pandang pertama. Tapi tak pasti pula kalau en. Azlan jatuh cinta pada saya pada pandang pertama. Hahahahaha.....~~~statement tidak sedar diri sungguh~~~Masa sekolah dulu, masing-masing buat hal sendiri. Dengan dunia sendiri. Dan lagi, masa sekolah dulu saya tidak berapa berkenan sangat dengan dia, poyo jer. Haaa...laa nie, dialah chinta hati saya selamanya. Gelak...gelak laa....


3.Who is he when the first time you met him?
Salah seorang anggota koir sekolah rendah. Dia ada suara beb...ni memang saya tidak boleh nafikan. Sehingga kini, pantang jumpa mikrofon sungguhpun di majlis kawin (setakat saudara mara terdekat laa....majlis orang lain dia "shy shy cat" pula) pastinya dia turut menyumbangkan suara beliau.


4. How long it takes for him to ask you out for a date?
Hishhhh...lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa sungguh. Kali pertama dating adalah ketika habis STPM.


5. First place dating?
Wetex Parade, Muar. Ya.....kami berdating sampai ke Muar. Naik bas lagi masa tu. Naik bas Lian Hoe yang warna kuning tu. Gelak laaa lagi....


6. How he proposed?
Dia tanya sama ada boleh terima dia tak? ~~~Ingat nak minta kerja ke hapa???~~~


7. Special date with him?
Kekadang tu dia suka bua kejutan. Masa tu saya di UKM, dia datang terjongol jer kat asrama saya. Masa belajar tu manalah mampu nak pakai handphone kan...(ia merupakan barangan mewah pada ketika itu...) jadi pasti ada messenger yang tolong panggilkan saya di bilik. Ingatkan secret admirer ke yang panggil, rupa-rupanya buah hati pengarang jantung saya yang datang.

8. Changes that he asked you to do?
Jangan garang sangat leh?


9. What is about him that you love love so much?
Dia pendengar yang baik. Samada cerita gembira atau sedih, dia sedia mendengar. Paling best part kutuk orang, dia pastinya akan turut menokok menambah mana yang kurang. Kira ok laa tu kan?


10. What is about him that you wish he would change?
Kurangkan aktiviti luaran...ni tidak;
Isnin - Badminton.
Selasa - Futsal.
Rabu - Bowling.
Khamis - Tiada aktiviti.
Jumaat - Praktis gitar & ngeteh kat Seroja.


11. You lose your mind and crack your head when he?
Balik ngeteh lewat dari pukul 2 pagi. Mahu jer saya kunci pintu bilik.


12. You will smile through your eyes for the whole day when he?
Ada kat rumah laaaa, senang hati saya. Tambahan pula sejak dah ada gitar elektrik ni, pasti ada mini konsert kat rumah.


13. Complete below sentences "My love towards my husband is as big as...?
Pertanyaan di atas mengingatkan saya pada lagu Hetty Koes Endang `Jawapan Cintaku Sedalam Atlantik'. Tak payah jawap laa, cuma hayatilah saja lagu ni...akak memang suka lagu lama-lama macam ni.

Cinta dihati mu sedalam lautan
Tidak tidak aku sangsikan
Rindu didadamu seluas angkasa
Bukan bukan aku ragukan

Bintang dan rembulan yang tinggi di awan
Tidak tidak seindah cintamu
Ombak dan gelombang di tengah lautan
Bukan bukan seganas rindu mu

Hanya satu di dunia
Hanya satu dalam dada
Yang ku damba
Sepenuh jiwa raga ku

Cinta yang ku damba
Cinta siapa kalau bukan cinta mu
Bila kau memandang ku
Berdenyut-denyut denyut jantungku

Rindu yang ku damba
Rindu siapa kalau bukan rindu mu
Bila ku memeluk mu
Seakan copot copot jantung ku


Terima kasih Lina..........jangan serik untuk men-TAG akak lagi. Kikikikikikiki....

Monday, January 25, 2010

Berkhemah di Hutan Simpan Pahang laa pulak...

Buat kesekian kalinya en. Azlan bersama group HBO-nya telah pergi berkhemah pula di Hutan Simpan Pahang. Program 2 hari 1 malam ini disertai hampir 17 orang. Gambar-gambar berikut merupakan bukti yang dorang semua benar-benar berkhemah, tidak melencong ke tempat lain

~~~Habis laa saya kalu en. Azlan tahu saya masukkan gambar-gambar ni kat blog saya. Ni pun saya buat secara secara sembunyi-sembunyi....hahahahaha....~~~


Baju putih tu suami saya, En. Azlan yer....


Sebahagian daripada ahli rombongan...


Tapak perkhemahan, yang belakang tempat masak2....eh betul ker saya ni?


Buat apa tu en. Roslan???


Sekitar tapak perkhemahan


Laki sapa laa tu????


Mancing yer banggg???


Boleh putus urat kentut saya kalau disuruh naik tangga tinggi macam ni...


Muka kanak-kanak riang yang dapat main air

Ewah ewah ewah....seronok yer kanak-kanak riang ni...
(apasal laki aku leh kat depan skali tu)

Sunday, January 3, 2010

Potong rumput yer pak!!!

Ini merupakan salah satu aktiviti hujung minggu en. Azlan...potong rumput. Selama ini, Bak akan meracun rumput di sekeliling rumah ini bila tengok ianya dah panjang. Sejak kebelakangan ni, dia macam dah tak larat pikul tong racun pulak, tambahan pula tong racun turun temurun tu dah dicuri orang. Haaa....jangan tak percaya ada yang berminat dengan tong racun tu...

Jadi, upahkan orang potong rumput guna mesin jer. Upah RM80 untuk potong keliling rumah. Tiap-tiap bulan la budak tu potongkan. Lepas tu, en. Azlan terpikir pula untuk beli jer mesin tu. Berangan nak potong sendiri. Saya tak kisah, tapi saya dah warning siap-siap, mesti guna, kalau tidak membazir.

Gambar ni saya ambil masa dia potong rumput pagi tadi. Potong rumput yer pakkk!!!!




Friday, January 1, 2010

Orientasi Darjah 1

Hari ni ada pendaftaran dan taklimat transisi 2010 di SK Bukit Soga. Aqmyl begitu bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk memulakan sesi persekolahannya. Ditanya sama ada takut tak nak sekolah? Dia selamba jer cakap, tak laa mama, Aqmyl suka, kan dapat jumpa ramai kawan.

Kelengkapan sekolahnya semua dah siap, baju sekolah agama dan seluar sekolah pon dah minta tolong pada ibu mertua saya untuk diubahsuai. Labuh sangat. Kalau saya yang repair, confirm lain jadinya. Ada lak yang pegi sekolah agama dengan lengan baju yang pendek macam pakai baju kurung Kedah lak. Hahahahahaha.....

Nasib baik juga en. Azlan dengan sukarelanya ~~entah yer entah tidak sukarela~~ mengambil cuti hari ini dan juga hari Isnin depan bagi memudahkan urusan pendaftaran sekolah anak-anak. Sebelum ini asyik beri peluang pada kawan-kawan yang ambil cuti semata-mata untuk menguruskan persekolahan anak-anak, kini dah tiba masa untuk diri sendiri pula. Habis cuti en. Azlan, saya pula ambil tempat.


Sila abaikan tempat menggosok baju di belakang tu...
siap dengan hanger pon masih belum dialihkan dari tempat kejadian...


Buat muka poyo jer anak bujang saya ni...


Sempat lagi melepaskan gian main PS sementara menunggu ayah bersarapan

Saya sedih sebenarnya bila tengok dia dah siap berpakaian sekolah ni. Sebak jer dada. Entah laa...dulu masa dia mula-mula masuk tadika, balik hantar dia, saya menangis kat dalam bilik. Sorang-sorang. Kenapa???


Dah besar dah anak saya rupa-rupanya...melepaskan dia menempuhi alam persekolahan...ahhhh...macam-macam yang terlintas di fikiran saya. Mungkin ibu/mama/mummy yang diluar juga berperasaan sama seperti saya. Tapi saya tahu, sepertimana yang en. Azlan cakap pada saya malam kelmarin, saya terlebih emo...